Selamat datang semua.sila klik ke blogshop saya untuk tengok readymade cards dan tags. terima kasih.

Wednesday, December 30, 2009

flower power.



ini besday kad seperti yang tertulis kat kad tu.
harap tuan punya kad suka.
ni jugak kad terakhir yang aku ambil tempahan.
jadi lepas ni aku dah boleh kemas semua barang2 untuk balik Lipis. =(


pemenang giveaway *cabutan ke-2*

cik atul,pemenang haritu tak menuntut hadiah dia,dah lebih dari 3 hari.
jadi saya telah membuat cabutan ke-2.
nasib baik tak buang lagi kertas2 haritu.
maka pemenang kali ni adalah

...
...
...
...
...
...
...
...


iena eliena

sila email saya nama dan alamat anda dalam masa 3 hari ok.
chua1403@yahoo.com
harap kali ni pemenang akan menuntut hadiah dia,kesian tgk kotak dgn kad tu tgh menunggu tuan dia.
daaaaa~


wishlist di'update'


ni wishlist bukan nak mintak sesiapa hadiahkan. tapi kalau ada ape salahnyer kan ;p
ni cuma aku nak share sikit ape yang ade dalam kepala hotak aku ni.aku ingat mulai tahun depan nak save duit sikit2-lame2-jadi-bukit untuk beli menatang 2 ekor ni.

harga menatang ni,macam nak beli airbus,jadi mungkin akan amik masa sikit.
kalau ada benda ni nanti,sampai ke door gift untuk wedding aku (yg mungkin lagi 4 5 tahun) pun aku boleh buat semuanya handmade! ;p hahahahahah....huh~





ahhhh..angan-anganku~

jika ada sesiapa yang dah pernah guna benda-benda ni,sila bagi pendapat anda tentang benda ni ye,saya budak baru nak belajar. thank youuu~


Tuesday, December 29, 2009

terbang dengan kamu.



ini adalah kad besday,
dan aku letak belon panas ni sebab...errr...sebab....
sebab tuan punya kad cakap nak yg romantik,kek tak nampak romantik sangat.
cupcake pun same,aku hanya terbayangkan belon ni je..
hahahaha..bedal je la...

pattern paper semuanya dari Basic Grey Porcelain Collection,
nampak classic tak? ;p
saje bertukar angin pulak buat theme lain,asyik nampak comel je kan selalu,boring la pulak rasenyer..=)

***

sabtu nanti aku dah kena balik maktab,maka bermulalah sem baru.
sem yang menakutkan sebab dah mula praktikum.
huuuuu~ takutnyerrrr~

mungkin lepas ni tak dapat buat kad selalu lagi.
tapi saya harap anda akan terus datang melawat blog ni untuk mencuci-cuci mata ke,mencari idea ke ok..=)
lepas ni mungkin saya tak ambil tempahan kad lagi,jadi bagi yang terasa nak tempah tunggulah cuti semester saya yang akan datang..=)

daaaaa~

Saturday, December 26, 2009

a new journey



kad ni diminta oleh seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang nak berkahwin..
agaknyerla kot,yang aku tau untuk perkahwinan.

pattern paper dari Basic Grey Porcelain Collection,
chantek kan?
aku buat tingkap,sebab aku rasa macam ada kene mengena untuk memulakan hidup baru,melangkah ke suatu alam baru,
walaupun memang kita selalunya keluar dari pintu bukan tingkap,tapi tingkap nampak romantik sikit kan ;p
well at least tu yang aku bayangkan..huhuhuhu~

ok,since this card could match the theme for this week challange at cupcakecraftchallange.
so this is my second card. =)

this card also match the theme for paperplay challange! weeee~ =)

***

lagi seminggu untk kembali ke Lipis.
dah boleh mula countdown.


Pemenang giveaway!

maka,setelah tunggu maman pergi breakfast,pergi beli baju sekolah,kene pakse die duduk diam2 untuk buat cabutan akhirnya die cabut jugak 1 nama..huh~

Jumlah penyertaan adalah seramai 155 orang.
dan seramai 152 mendapat 2 penyertaan.
maka jumlah kertas yang aku kena tulis adalah sebanyak 307 fuh~


see,banyak kan...3 malam aku amik masa nak tulis semua nama ni.


dan ni maman tengah mencabut nama (kena tuka bekas lain sebab mangkuk tadi penuh sgt ;p)
maka pemenangnya adalah.....
drum rolls please...
jeng..jeng...jeng...

...
...
...
...
...
...
...
...
...


ATUL!


OK..kepada cik atul,sila email kepada saya,nama dan alamat rumah anda ok.
chua1403@yahoo.com
jika anda tak email kepada saya dalam masa 3 hari,saya akan pilih pemenang lain.

kepada 155 orang yang menyertai giveaway saya,jutaan terima kasih saya ucapkan.
insyallah,mungkin lain kali saya akan buat giveaway lagi! =)
terima kasih sekali lagi.


Friday, December 25, 2009

'Sweet Treat' giveaway!

[GIVEAWAY INI TELAH TAMAT TEMPOH. PEMENANG AKAN DIUMUMKAN 26 DISEMBER 2006. TERIMA KASIH ]
Tadaaaaaa!!
inilah giveaway yang dijanjikan!
giveaway ni taklah seberapa sangat,almaklumlah student bajet dihujung tahun macam nilah gayanye ;p tapi ini memang seikhlas hati saya nak memberi kepada salah seorang manusia yang bertuah!


giveaway ini saya buat sempena bakal berlabuhnya tirai 2009 tak lama lagi.
2009 merupakan tahun yang sangat baik bagi saya. walaupun ada masalah tapi yang baik tu lebih banyak dari buruk. allhamdullilah.
terima kasih buat umi,angah,lala,maman,shayang,jiran-jiran saya yang ter'best',semua classmate yang tetap terbaek punya dan semualah yang tak dapat saya ingat di saat ni. =)
terima kasih kOrang! luv uuuu~

oh dan selain tu,
sempena menyambut pOst aku yang ke-100, sempena hits aku yang hampir 3000 (terima kasih teramat sangat kepada sesiapa yang sudi singgah disini,tak tau berapa banyak pulak yang aku sendiri bukak ;p) dan terima kasih kepada 81 orang yang sudi menjadi kawan (follower) saya.
TERIMA KASIH SEMUA!!!!

*********************************************

cara2 nak melayakkan diri untuk menang giveaway nih:
bagi yang ada blog

1. jadi kawan (follower) saya jika anda belum jadi lagi. ;p
2. buat post di blog anda tentang giveaway ni. sertakan gambar hadiah giveaway dan link untuk ke blog saya ni.
3. tinggalkan komen di post ini menyatakan anda dah buat semua diatas (sertakan link anda)

[BONUS: sertakan 1 gambar kad rekaan saya yang anda paling suka dan anda akan dapat 2 penyertaan,ini terpulang jika anda nak,taknak pun tak ape =)]

bagi yang tiada blog:

1. jadi kawan (follower) saya jika anda belum jadi lagi.
2. hantarkan email kepada 3 orang rakan dan di'CC' kepada saya chua1403@yahoo.com
3. tinggalkan komen di post ini menyatakan anda dah buat semua di atas (sertakan nama penuh dan alamat email).

[BONUS : hantar email kepada 3 orang rakan lagi dan di'CC'kan kepada saya,anda akan dapat 2 penyertaan,ini terpulang kepada anda,tak wajib]

huhuhu....senang tak? (harap senang la ye)
giveaway ni akan berlangsung hingga 10.00 pm pada 25 Disember 2009 dan pemenang akan dipilih melalui cabutan nama oleh adik saya maman! ;p cabutan nama akan dilakukan pada 26 Disember 2009.
terima kasih saya ucapkan untuk yang sudi join giveaway tak seberapa nih!

antara hadiah yang ada: 1 set 'Sweet Treat',10 jenis riben (ada yang 1 meter dan 1/2 meter) ,3 sellotape kartun,1 set kertas bintang yang cute,1 set butang pelbagai warna dan 1 bar cadbury chocolate (sebagai penambah manis di mulut ;p)

[saya akan lawat blog anda bagi memasti semua arahan dipatuhi,jika tak komen anda akan didelete dan jika anda rasa komen anda dah didelete sila join sekali lagi. terima kasih =)]

Happy birthday Lala!

h


Hari ni krismas dan harini jugak birthday Lala (adik aku).
pagi2 lagi bangun,bungkus hadiah dan buat kad.
dah rase diri sendiri macam santa klaus pulak ;p

ok,sambil menyelam minum air sikit,
again this card i made for cupcakecraftchallange.
the theme for this week is 'a time for celebration' =)


***

ok..ok..petang karang buat barbeku untuk celebrate hari jadi lala.
dan malam nanti adalah penutup giveaway aku.
pemenangnyer akan diumumkan esok ok. =)
siapa yang tak join lagi cepat2 join! daaaaa~

Thursday, December 24, 2009

under my umbrella..ella...ella..lalalala ;p



argh,paling tak suka time mem'blog' adalah memilih tittle. adOiyay~
jadi setelah kurang 50saat aku berfikir dapat la tajuk-tak-sedap cam kat atas tu ;p

masa mula2 nak buat kad ni,aku ada 1 gambaran dalam otak.
tapi bila nak create jadi kad,nilah yang paling terhampir dengan yang ada dalam kepala hotak aku ni. mungkin dalam 70% je hampir sama dengan yang ada dalam kepala ni.

ilysm = i love you so much. ;p

sangat *heart* dengan kertas2 cosmos criket early bird aku. seriusss~


***

ok,last calling untuk join my giveaway.
cepat2 ok,esok pukul 10 malam dengan rasminya akan ditutup. =)




Wednesday, December 23, 2009

i made it to the top 5!


wohooo!!
i made it to the top 5 at cupcakecraftchallenges for challenge no. 70!
agak lewat jugak aku tau ni. tadi terasa nak buka blog ni baru aku buka.
dan tiba2 ternampak nama sendiri.
reaksi tak percaya aku adalah dengan eja nama sendiri berkali2 dan klik2 nama sendiri banyak kali ;p (leh klik kat link tu untuk tgk nama aku ;p)
wow. sangat puas hati.
rasa puas hati yang tak dapat nak diungkapkan..cheewah!
thank you so much!

nilah kad yang aku try masuk haritu =)

cepat2 update ;p

cepat2 update adalah nama baru bagi quick update. heck ;p
yup..yup semalam baru balik dari terengganu.penat.
pagi ni bangun dgn kulit kering menggelupas. duh~

kali ni takmo update pasal kad tapi pasal giveaway.
yaaa...tinggal lagi esok dan jumaat untuk anda anda yang belum join giveaway saya untuk menjoinkan diri anda.
cepat2 tau! ;p
hari ni aku merajinkan diri untuk kira semua entry yang kat blog dan email
dan setelah ditolak tambah semuanya berjumlah 144!
waw..manyak kan?
masa mula2 buat giveaway memang aku bajet mungkin tak sampai 20 orang yang akan join.
sekali hamek kau. 144!

jadi terima kasih semua bagi yang dah join, yang belum sila-silalah join ok. =)

Thursday, December 17, 2009

polka-love-dot



i'm too excited when i'm making this card.
sebab masa ni paper pad Cosmo Cricket Early Bird aku baru je sampai dihantar abg posmen.
tak sempat lagi kertas2 tu nak rehat aku dah terus mula kerjakan.
hahahahaha..sangat puas hati.
design dia memang cute abes!
so nantikan update2 akan datang ok.


***


esok daku akan balik kampung,
jadi selama 5 hari takkan ada update kad terbaru. =)
harap besabar ok. daaaaa~


[ EDIT: aku sedang mencari embossed pen/tool apejelah namenyer yang macam pen tapi hujung macam bola besi tuh,dah cari kat online shop takde,kedai2 buku kat seremban pun takde,jadi kalau ada sesiapa tau kalau2 ade kedai online ke,kat seremban ke yang ada jual tolong bagitau eh. terima kasih =)]


good luck!



my first farewell card.
hahahahaha...masa mula2 dapat permintaan buat kad ni,
aku tertanya-tanya,macam mane la nak buat kad farewell?
memula aku nak letak sekor zirafah lagi...hahahahahaha
tapi akhirnya dapat gak idea buat tali leher ni. sebab penerimanya lelaki. =)
(nak gi pasar malam jadi kene tulis siket2 je,sambung malam nanti eh,daaaa~ ;p)

another cupcake card


sila bersabar je lah dengan tahap pencahayaan gambar yang ntahapeape nih.
kad ni ditempah orang,tapi takleh bagitau nama kot.
sebab nanti tak suprise pulak untuk orang yang nak terima tu kan.
takpelah biar aku dan tuan punya kad je yang tau ;p
selain tu,
kad ni jugak untuk cupcakecraftchallenges
this week theme is birthday card!
***
ok ni ada sedikit pesanan.
lepas ni bagi sesiapa yang nak tempah kad.
sila,tolong dan jangan tarik diri di saat2 akhir.
lagi menyakitkan bila tarik diri dendiam bila kad dah siap buat tak tau je.
saya yang sakit hati ok.
saya sangat sayang kertas2 dan masa saya yang sangat berharga.
jadi mintak tolong jangan buat saya membazirkan kedua-duanya.
sekian.
dan lagi esok,saya akan balik kampung kat terengganu.
jadi jika ada tempahan lagi lepas ni hanya dapat dibuat selepas 22 disember.
terima kasih =)

Sunday, December 13, 2009

tutorial 1 -retro love-

[ingatan awal: saya bukan pro,nak kata amatur pun jauh sekali. tapi ni saya nak kongsi sikit2 ape yg saye tau untuk anda yang ada minat yang sama macam saya. buat kad. =)]

ok,nilah bendanya yang aku nak kongsikan. sebuah tuorial untuk anda.
sebenarnya takde la macam tutorial sgt,cuma nak berkongsi cara2 aku buat kad.
semoga lepas ni anda pun boleh buat kad sendiri ok.
tutorial ni berdasarkan kad retro love tu.
harap maaf la kalau gambar tak best. sebab aku ni tak pandai bab2 amek gambar ni ;p
dan kalau bahasa tak paham pun harap maaf la. dulu belajar bm kat jepun tu yang macam pelik tu ;p

1. pilih background kad anda dari cardstock yang bewarna plain. kat sini saya pilih warna hijau turqouise ni dan warna cream tu. saya potong dengan ukuran 10cm x 14.5cm.
2. pilih pattern paper yang bersesuai. ok ni sikit advise bagi anda yg baru nak try buat kad. alternatif lain sebelum anda beli pettern paper yg mahal tu anda boleh guna pembalut hadiah yang cantik2 tu atau keratan iklan kat majalah.

[kalau nak diikutkan proses sebenar,anda mesti ade sketch dulu dan kajian warna.ceh,dah macam nak buat folio psv ujian amali la plak hahahaha ;p dalam bahasa mudahnya kena ada idea macam mana nak susun atur kad dan warna ape nak guna.)

3. buat hiasan. ok ni cara-cara nak buat hiasan. kalau dalam kad2 sebelum ni contohnya macam saya buat sundae,bunga dan lain2 tu. caranya sama je cuma bentuk lain. kat sini saya tunjukkan cara nak buat alphabets nih.
mula2 print huruf yang anda nak. kemudian trace kat pattern paper dan gunting! simple kan =)

[sebenarnya kat kedai craft dah siap jual alphabets dan bentuk lain dari chipboard. tapi harga dia macam nak beli airbus,untuk student macam saya ni mane la mampu. so buat sendiri je ;p]


4. ok ni tips untuk kasi alphabets kita tadi nampak umph siket! guna foam tape! yup ni la rahsianya nak buat kad nampak ade layer. saya rekomenkan foam tape sepesis ni,tapi saya tak tau brand ape ni. jadi kalau nampak ade foam tape camni beli la. sebabnya dia tak merosakan kertas kalau nak tanggal balik.


5. yang ni pulak cara2 nak menebuk kertas. yang selalu anda nampak lubang2 kat tepi kertas tu macam ni la carenye. tebuk pakai jarum paling besar yang anda ada dan alas dengan mouse pad anda . yup tu la tricknye. kadang2 saya guna hujung jangka lukis je kalau nak lubang yang lagi besar.
sebenarnya pembaris tu bertujuan supaya lubang yg ditebuk tu lurus. jarak die main agak2 je.

[saya rase tool untuk buat paper piercing ni ade jual kat kedai. tapi mesti mahal kot. so kite recycle je ape yang ade ok.]


6. ok ni la hasil hiasan tadi. nampak lagi real kan. kalau tak nampak sekeping je.
ok bile dah siap buat semua hiasan. dah confident pasal susun aturnya. baru la kite gam ok!


7. untuk gam saya guna double tape! sebab kemas. tapi bila saya malas saya guna gam UHU. yup tu la gam pemalas saya.
dan waktu ni la anda susun la camne pun kad anda tu. mengikut kesesuaian mata anda.
[jika anda memahami unsur keseimbangan,sila aplikasikan ok. ;p]

kalau nak tengok hasil akhir sila tengok di post bawah ni ok.
sekian sahaja kelas buat kad hari ni.
harap anda leh try kat umah.
dan kalau anda ade cara2 buat kad yang lagi best,sila kongsi ok.
daaaaaaaa~

-retro love-



amacam,nampak retro tak?
aku sangat suka kad ni.
pertama, sebab kad ni nampak simple dan senang nak dibuat.
dan kedua, sebab warna hijau turqoise dan kuning mango tu. =)
warna hijau dgn kuning tu warna baru kat kedai yg aku selalu beli kertas tu.

dan perasan tak aku tak guna ribbon dan butang langsung!
wuuuhhuuuuu! ;p
yang kuning bulat tu merupakan brads.

ok..ok..kali ni ade sesuatu aku nak kongsi dgn korang semua.
nantikan post seterusnya ok.
jeng..jeng..jeng...;p

Friday, December 11, 2009

thanks for your love ke-2



ok,kad ni pun sama dengan kad yang aku pernah buat sebelum ni.
tajuk pun sama.
tuan punya mintak yang sama.tapi kertas2 yang guna dulu dah tak ada lagi.
jadi aku guna pattern paper yang baru.
harap ok ye nurul.

***

memang betul la taste manusia ni lain2 kan.
apa yang kita nampak cantik mungkin tak bagi orang lain.
cantik itu subjektif.

oh ye,bagi semua kawan2 baru kat dalam blog ni.
anda semua boleh panggil saya suha ok.
ada yang panggil chua,rase macam pelik la.
sebab tu name makcik2 saye je yang panggil =)
hehehehehehe.

terima kasih kepada semua yang sudi lawat blog ni.
dan berlebih-lebih terima kasih bagi yang sudi tinggalkan komen. =)

butterfly ke-2



pertama kali aku ulang buat kad yang sama design.
dah tuan punya kad request,jadi aku buatkan je lah.
aku tak pernah ingat saiz ukuran kad yang aku buat,jadi nak buat sebiji macam yang pertama tu agak susah.
harap tuan punya kad berpuas hati ok. =)
warna purple ni pun tuan punya kad yang mintak =)

oh ye,pattern paper dari basic grey sultry collection,
jika nurul a.k.a tuan punya kad nampak macam kesan hitam2 kat kad tu.
tu bukan kotoran,tu memang kertas tu macam tu. =)


***

hari ni kan.
aku kan.
pergi jogging.
dan sekarang.
kakiku sakit.
perut pun sakit.
betis rasa kejang.
esok tak mau jogging lagi.
hahahahahahahahahahahahahahahahaha =)

Thursday, December 10, 2009

you are my forever


kad ini dah dalam perjalanan menuju ke tuannya.
thanks kak adibah!
harap akak suka ok.

pattern paper dari Basic Grey Sultry Collection.
pattern paper aku dah semakin berkurangan.
walaupun ada lagi 2 pad,tapi aku tak berkenan dengan warna-warna dia.
jadi sekarang ni aku tengah buat pertimbangan,nak beli 1 pad terus atau beli sekeping2.
beli sekeping2 agak mahal,tapi dapat pilih apa yang kita berkenan.
beli 1 pad harga dia boleh la,tapi tak semua yang aku berkenan.
hmmmm.....

***

ok,sekarang dah 2 minggu kot giveaway saya berjalan,
saya dah ada seramai 223 kawan(follower)
bayangkan dari 81 jadi 223..wow banyak tu. dan terima kasih semua yang sudi jadi kawan saya.
dan disini saya nak mintak maaf jika saya tak dapat nak jadi kawan (follower) anda kembali.
atas sebab-sebab tertentu. maaf ye =)

cuti ade 3 minggu je lagi.
badan ni dah terasa makin 'berat' ;p

Wednesday, December 9, 2009

sweet sundae!


tolong la bagitau yang korang nampak tu semangkuk sundae,
dan bukannya sebiji sampan yang hanyut di hilir ;p
harap nampak macam sundae di mata kamu.

pertama kali try buat sundae pakai kertas. harap cukup manis untuk cik atiqah. =)
sekali lagi,nampak tak butang besar tu?
yup...kalau tengok lagi teliti butang tu ade corak bulat2,cute!

dan kepada cik Hanisah Halim,
perasan tak riben tu?
hehehehehe...tenkiu esah,hanya riben pemberian ko je yang paling matching dengan kad ni.

***

ade lagi kad yang tak siap nih!
harap kepada sesiapa yang tempah bersabar eh.
insyaallah sempat siap. ;p

kadang2 dalam sehari aku cuma dapat buat 1 kad,
tengok tahap kesusahan kad yang nak dibuat dan jugak jadual harian aku. ceh~
almaklum la waktu2 cuti ni banyak sangat appoinment aku dengan panggung wayang,shopping complex,dating,bla..bla..bla..;p
tapi jangan risau kad tetap di buat.
lagipun kalau asyik menghadap sangat kertas2 ni mata aku leh pening.
yes mate yang pening bukan kepala ;p


birthday card for umi.



kad ni belum di pos pun kepada tuannya,
tapi dah interframe dalam blog ni dah.
sorry ye atiqah,tangan ni gatal sangat nak post gambar ni kat blog ;p

nampak tak butang besar tu?
first time guna tu.
tak tau la kenapa mesti kena ada butang kat kad.
aku masih lagi belum ada jawapan~

***

sekali lagi nak bagitau ni,
line internet kat rumah ni ada masalah.
masalah yang sangat teruk. sampai rasa nak campak je modem dengan broadband ni ke longkang.
jadi jika ada sebarang soalan kat shoubox,sebarang comment kat post,dan entry baru untuk giveaway,yang tak dapat saya reply dan lawat kembali blog anda,harap anda faham. =)

untuk membuat post ni je aku kena online kat beranda rumah.
yess..kalau jiran-jiran tengok ni mesti pelik ;p




Monday, December 7, 2009

hOliday at cameron




nak mengabadikan sekerat dua gambar kat blog ni.
cameron pun mengalami musim hujan jugak.
jadi sejuk dia memang agak ssseeejjuukkk~

umi beli banyak pokok dan pasu.
dan aku beli sepasu pokok rosemary..hahahaha
dengan harapan akan dapat masak macam Jamie at home tu~ =p

heh,baru perasan.
angah tiada dalam holiday ni.
sorry ngah..hehehehehe ;p


you & me




sabtu lepas baru balik dari cameron,
malam tu jugak dah mula pulun buat kad untuk auntie akmar ni.
dia cakap nak yang ada night theme,seriously otak aku takleh fikir .
kalau anda anda dan anda perasan kebanyakkan kad aku mesti warna pink,merah
sebab tu warna favourite =)

jadi setelah difikir ni lah yang terbaik yang aku boleh buat.
pattern paper dari Sassafras Amplify Wee Bundle yang aku beli haritu.
aku pilih sebab ada warna biru,tapi biru dia macam vintage sikit. tu yang nampak kelam je tu.
pilih tema burung lagi,sebab auntie akmar ni baru kahwin.
faham tak kaitannye? hehehehe fikirlah sendiri =p

oh,yang tempat bujur hitam tu tempat letak gambar.
tuan punya kad nak yang boleh letak gambar.

dan saya akhiri dengan ayat lazim seorang penjual "harap aunie akmar suka"
end.

***

ok berkaitan giveway,setakat aku menaip ni dah ada 70 orang yang join.
setakat ni aku terima semua entry tak ada yang kena delete lagi.
dan ada entry yang aku tak dapat nak lawat blog mereka sebab line internet kat rumah ni macam tttuuuutttt! rasanyer laptop ni dah layak kena fomat balik.
maaf ye.

dan lagi, huruf 'v' di keyboard laptop ni dah jahanam.
jadi susah aku nak taip perkataan yang ade huruf 'v'
jadi kalau lain kali aku taip 'gieaway' harap anda faham kenapa. =)

dan lagi, aku tutup sementara tempahan kad,
sebab nak siapkan yang ada dulu.
maaf sekali lagi.

dan,sekian terima kasih.


Tuesday, December 1, 2009

Happy birthday to Maman!






hari tu masa siapkan kotak susu untuk giveaway tu,
maman duduk je tengok kat sebelah, die cakap die nak jugak,akak ni asyik buat untuk orang lain je...
tersentuh dan sayulah hati beta mendengarnya,
maka harini aku dok la pulun buat kotak bentuk kek ni sepanjang hari,
sebab ni pertama kali buat jadi ambil masa yang agak lama,dalam 3 jam jugak aku menghadap kek ni.
buat kek sebab 5hb ni hari jadi dia,selalunya aku bagi hadiah dan kad,
hadiah tu mungkin lama sikit tempoh riwayat,tapi kad tu dalam sehari je dah dikuburkan kat tong sampah...biasela budak2 mane tau simpan benda2 kecik macam ni.
jadi kali ni aku buat kotak bentuk kek.dengan harapan boleh la die simpan baik2 dan gunakan.
....
....
....
....
....
....
....
....
tak sampai 20 minit selepas aku menyerahkah kotak kek tu,
dia buat main simpan kereta mainan.
dia berlari-lari dan terpijak.
yessss!!! 3 jam aku dibawah tapak kakinya. walaupun kemek sikit tapi agak...agak berapi jugak hati ni melihatnya~
takpelah,nasib baik budak kecik lagi,kalau besar... ;p

aku tak pandai menghias kek,jadi inilah hasilnya.
lain kali aku try buat lagi.
maman cakap nak kek rasa coklat dan ada strawberi,tapi aku tak pandai buat strawberi.
nak buat strawberi tapi jadi macam krim yang keluar dari piping beg tu ;p


****

esok aku akan ke cameron selama 5 hari.
jadi tiadalah sebarang kad yang akan diupload untuk 5 hari mendatang ni.
tapi yang mana belum join giveaway pergi join ok.
yang dah,terima kasih diucapkan.
setakat ni dah ada 20 penyertaan.allhamdullilah.
masa mula-mula buat ingatkan tak sampai 10 orang yang akan masuk.
terima kasih semua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...