Selamat datang semua.sila klik ke blogshop saya untuk tengok readymade cards dan tags. terima kasih.

Sunday, February 28, 2010

projek suprise


assalamualaikum.
saya ada projek besar punya!
tapi kena suprise dulu,bagi kamu semua berteka-teki dulu ;p
aku akan upload gambar projek ni,tapi bukan keseluruhan sikit2 aje dulu.
bagi kamu semua tertanye-tanye dulu..hehehehe
sampai masa nanti aku akan rungkaikan apekah projek suprise ini...;p

hari ni bagi korang tengok salah satu gambar projek aku.


hehehehe...cube teka apa ni...
kalau nak tengok gambar penuh,tunggu sampai masanye nanti,bila?
aku pun tak tau...hahahaha..sabau je la yek.

***

maaf ye lame tak update blog,
aku sangat busy.
tak sabar nak cuti. masalahnyer cuti lambat lagi. huuuuuu~

selamat mengharungi hari-hari esok untuk aku dan kamu semua!

Tuesday, February 16, 2010

rindu blog. dan bebelan.

yep.
aku sangat rindu blog ni.
walaupun aku tak update blog ni dah lama.tapi aku selalu melawat blog ni.
dan blog2 orang lain.
cuma cuaca panas sekarang ni membuatkan aku malas nak menaip. ;p

tentang membuat kad.
aku sedang ada projek baru. jadi nantikan ok.

...
(tanda ni bermaksud nak tukar tajuk lain ;p)

harini tak mau la cerita pasal kad.
aku mau cerita tentang blog dan ape je la yang terlintas dalam kepala ni.
kalau tak silap aku dah nak hampir setahun blog aku ni terwujud.
dan sedikit sebanyak ianya memberi kesan dalam hidup aku ni.
aku mula minat membuat kad disebabkan adanya blog ni.
yup,sebelum ni aku tak tau pun yang dah ada 1 budaya membuat kad. ingatkan sekadar hobi biasa2 aje. dan hasil lawatan dari blog ke blog aku jumpa pelbagai manusia2 kreatif!
dan bila melihat hasil kerja mereka,dengan benda sekecil dan semudah kad,walau hanya tengok,aku dah rasa gembira.
macam kalau kita pergi kedai lovely lace ke,kedai hadiah ke,tengok je dah buat rasa happy kan?
macam tulah perasaan aku bila tengok hasil kerja orang lain.
dan berbekalkan perasaan tu,aku nak jugak try buat kad,supaya bila orang lain tengok hasil kerja aku,mereka pun akan ada perasaan yang sama.
harapnya niat aku tu sampai. =)

....

hari ini ada manusia yang semakin kejam.
aku tak faham macam mana boleh ada manusia yang melihat nyawa orang lain macam sampah.
macam tak ada nilai.
kalau nyawa orang lain kita tak hargai apetah lagi benda2 lain.
manusia yang hilang nilai kemanusiaan. aku benci kau.
kalau yang tengah berperang tu memang wajib la ada yang bunuh membunuh.
ni yang duduk dalam negara aman damai pun nak membunuh jugak.
bunuh bayi la,family la,tu la,ni la. ape sebenarnya yang ade dalam kepale hotak manusia2 berhati haiwan nih?
lebih menyayat hati,bayi yang dibuang. dasar haiwan sungguh!

tapi,disebalik manusia2 kejam ni,masih ada ramai lagi yang berhati mulia.
aku percaya tu.
mungkin kita perlu ada satu perubahan. perubahan minda mungkin.

...

sem. banyak sungguh kerja,aktiviti luar, tambah lagi dengan praktikum.
memang berkedut la otak aku nanti. ;p
antara kerja yang baru siap adalah membuat poster menggunakan adobe photoshop.
nampak mudah,tapi susah kerana proses membuat tu yang nak dinilai.
jadi bagi seorang yang tak pandai guna photoshop ni,aku kena la bekerja pulun lebih sikit.
maka dapatlah hasil macam ni. ;p
poster ni adalah untuk promote ipg aku nih.amacam?


poster rekaan aku untuk IPGku,kalau nak kasi apa2 hadiah boleh pos kat alamat kat bawah tu ;p

aku semasa presentation poster ;p

...

huhuhu...panjang tak? panjang tak post kali ni? ;p
siapa la agaknyer yang sudi baca eh? hehehehe ;p
dah penat,dah berpeluh.
sekian sahaja.
maaf la kalau aku tulis tak tentu hala,ada yang tak faham ke.
aku memang macam ni. ;p
assalamualaikum!




Saturday, February 6, 2010

kisah aku dan sekeping hati yang sakit.



EDIT: gambar hari tu tak cantik,jadi ambil yang baru ;p

kad ni dibuat weekend haritu.
dah seminggu simpan baru nak upload.
alkisahnyer minggu ni adalah minggu sakit hati sedunia.

sakit hati tahap gaban.
sakit hati bila nikmat ber'facebook' diragut.
nak tulis blog pon rase ragu2 je.
maka aku jadi famous seketika.

aku tak mintak jadi famous.
tapi nak buat apa kalau orang dah bagi kan.
tapi sungguh tttuuuuuuttttt cara orang tu mem'promosikan' aku.
memang sungguh ttttuuuuuttttt!

inilah kisah aku yang sakit hati.
aku tak dapat nak huraikan dengan jelas,kerana masih terasa macam ade spy dok ngintip.
adOiyay!

maka petang tadi aku telah men'delete' seratus lebih 'kawan' dari facebook aku.
nikmat ber'facebook' masih belum pulih sepenuhnya.~
sedih~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...