Selamat datang semua.sila klik ke blogshop saya untuk tengok readymade cards dan tags. terima kasih.

Tuesday, December 1, 2009

Happy birthday to Maman!






hari tu masa siapkan kotak susu untuk giveaway tu,
maman duduk je tengok kat sebelah, die cakap die nak jugak,akak ni asyik buat untuk orang lain je...
tersentuh dan sayulah hati beta mendengarnya,
maka harini aku dok la pulun buat kotak bentuk kek ni sepanjang hari,
sebab ni pertama kali buat jadi ambil masa yang agak lama,dalam 3 jam jugak aku menghadap kek ni.
buat kek sebab 5hb ni hari jadi dia,selalunya aku bagi hadiah dan kad,
hadiah tu mungkin lama sikit tempoh riwayat,tapi kad tu dalam sehari je dah dikuburkan kat tong sampah...biasela budak2 mane tau simpan benda2 kecik macam ni.
jadi kali ni aku buat kotak bentuk kek.dengan harapan boleh la die simpan baik2 dan gunakan.
....
....
....
....
....
....
....
....
tak sampai 20 minit selepas aku menyerahkah kotak kek tu,
dia buat main simpan kereta mainan.
dia berlari-lari dan terpijak.
yessss!!! 3 jam aku dibawah tapak kakinya. walaupun kemek sikit tapi agak...agak berapi jugak hati ni melihatnya~
takpelah,nasib baik budak kecik lagi,kalau besar... ;p

aku tak pandai menghias kek,jadi inilah hasilnya.
lain kali aku try buat lagi.
maman cakap nak kek rasa coklat dan ada strawberi,tapi aku tak pandai buat strawberi.
nak buat strawberi tapi jadi macam krim yang keluar dari piping beg tu ;p


****

esok aku akan ke cameron selama 5 hari.
jadi tiadalah sebarang kad yang akan diupload untuk 5 hari mendatang ni.
tapi yang mana belum join giveaway pergi join ok.
yang dah,terima kasih diucapkan.
setakat ni dah ada 20 penyertaan.allhamdullilah.
masa mula-mula buat ingatkan tak sampai 10 orang yang akan masuk.
terima kasih semua!

2 comments:

Wan Nur Hanisah A.Halim said...

hahaha ak nk tOlong simpati ngn nasib ko ni suha..

huhu cian cangat..lOtih kak chua wat tau maman ;p

debby4000 said...

WOW what a stunning creations, beautiful.
luv
Debby

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...