Selamat datang semua.sila klik ke blogshop saya untuk tengok readymade cards dan tags. terima kasih.

Sunday, August 30, 2009

merdekakah aku?

selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan!!
ermm..tapi esOk aku dah nak kena balik maktab~
aku terasa sangat tak bersemangat nak balik maktab bile dah nak raya nih
huwaaaaaaaa~

p/s: dOakan aku supaya berjaya menyiapkan semua assigment yang bertimbun2.

Friday, August 28, 2009

tindakan 'bijak'

hari ini hari jumaat,
hari ni pukul 11 pagi aku baru pergi beli tiket nak balik isnin ni,
dan cube teka ape je lagi tiket yang tinggal....
pukul 9.30 pagi!
yup,ni je yang ade dan aku terpakse beli...
terpaksa!!!
nasib baik la ni bulan pOser kena bangun sahur,
kalau tak memang haram la aku takkan balik pagi...
nampaknyer lepas sahur isnin ni takleh tidur la,
kene terus g pekeliling~


aku mengalami penderaan mental dirumah oleh adik aku,
sebab die suka sangat tengOk cerita 'kapten boleh'
kalau sehari sekali takpe,ni kalau sehari ulang 2 3 kali,ape kes pulak?
dan aku kOnpius nape akO mustapa sanggup beraksi bOdO dlm cerita takde standart tu??
pergh,emOsional aku bile teringatkan cerite tuh!
plissss laa akO g la carik keje lain!

Wednesday, August 26, 2009

hari ke-5

agak busy jugak aku dalam 2 hari ni,
sebab aku ade 2 kad untuk disiapkan,
thanks tO dilla,sebab selain dari dia menempah kad die jugk memberikan aku sebab dan alasan untuk pergi bershopping! (shOpping kertas)
i'm sOoo happy when i dO some craft shopping,
spending hOurs in the craft store make me fell..happy!
sO this is what i came Out with,hOpe she will like it!


Birthday Card [Front]


Birthday Card [inside]
it's a pop-up card

Selamat Hari Raya card
aku sangat hilang idea masa nak buat kad ni,
ni je yang terbaik yang dapat aku hasilkan..
harap dilla suke~

p/s: aku rase aku kene masuk kelas tambahan matematik la..huhuhu otak da berkarat,kene polish balik skill math neh ;p

Sunday, August 23, 2009

aktiviti menunggu waktu berbuka.


kOnfem2 aku akan membuat kad!
kali ni aku buat untuk lala (lala ni adik aku),
mungkin die nak bagi kawan die kOt.
sO i made 1 very simple and quick card fOr her.


Thank yOu Rach!!!

di pagi yang hening,
selepas bersahur,
perut da kenyang mane bOleh tidur teruskan,
aku pun menghadap internet,
pergi melihat perkembangan manusia2 di seluruh dunia,
dan di saat aku membuka salah satu blOg yang aku jOin giveaway dia...
nak tengOk siapa pulak yang menang...
aku terlihat sebaris nama tertulis...
aku eja perlahan-lahan
N.A.S.U.H.A
aku tak kan percaya dengan mudah!
aku eja pelan2 skali lagi...
N.A.S.U.H.A
OMG!!! memang betul la name aku tuuu!!!!!
maksudnyer aku la pemenang giveaway tu!!!
i'm sOoooo happy,thank yOu sO much Rach!!!!

yOu wanna knOw what i just win?
i wOn't tell yOu,yOu must visit Rach blOg by yOurself tO knOw it.
....
still smiling,
still happy,
prObly will take a week tO recOver ;p

Saturday, August 22, 2009

saya budak baru belajar~


nama budak ni nurul iman a.k.a maman,
hari ini hari pertama dia berpuasa,
setakat ni pukul 4 petang dia masih lagi berpuasa,
walaupun cubaan membatalkan puasa giat dijalankan namun mak aku berjaya mematahkan setiap percubaanye,kesian die..;p
[ ha,tu yang maman pegang tu la rupenyer bergedil yang siap dibentuk]
selamat berbuka semua!

sedang menanti...

(wajib la bulan puasa ni selain beribadat Orang bercakap tentang makanan kan)
jadi hari ni
aku nak share dengan anda semua makanan kegemaran aku
bergedil!
ni bergedil versi mak aku,memang first class tip-tOp![bahan2 wajib]

[rupa kentang semasa digOreng]

[memasak daging]

[bahan favOrite:bawang gOreng]

bahan-bahan:
1. kOnfem2 dah name bergedil kena ade kentang! anggaran agak2 suke kOrang la...selalu aku pakai 7 - 8 biji pun da cukup banyak da.
2. daging cincang,aku pakai yang Ramly je.
3.bawang gOreng,yup inilah yang membuatkan bergedil ni super duper sedap.
4. daun bawang & daun sup.
5. bawang merah,bawang besar dan bawang putih.
6.black pepper.
7. telur,pandai2 la agak2,ni untuk mencantumkan kesemua bahan2 yang dah dicampOr nanti.

cara2 masak:
1. rahsia sedapnye sesuatu bergedil tu adalah pada kentangnyer...kentang ni aku gOreng tak rebus,jadi rasa lemak berkrim die memang jelas teserlah,kOrang potong macam benuk wedges tu,lepas tu gOreng agak2 die lembut leh la angkat. tips lagi: semakin banyak bahagian garing semakin sedap la bergedil tu.
2.dah siap gOreng,lenyek pulak kentang tu. tips nak cepak lenyek: aku pakai lesung batu..yup Ol' skOol punye stail,bOleh jugak nak pakai fOod processOr tapi tak best la kalau kentang tu da lenyek sangat,cam makanan baby pulak nanti.
3.keringkan daging.maksudnyer errr..maksudnye tumis semua jenis bawang tu lepas tu masukkan daging,masak sampai air daging tu kering.
4. sambil2 tunggu air daging kering gi la pOtong halus2 daun bawang & sup tu.
5. setelah kentang siap lenyek,daging da siap masak,daun bawang da siap pOtong,masukkan semua bahan2 tadi dalam satu besen besar.masa ni lah cik bawang gOreng diperlukan,masukkna dia ke dalam adunan tadi. tips nak letak bawang gOreng: semakin banyak bawang Goreng semakin sedap la bergedil tu. lepas tu letak telur,black pepper dan garam seagak sedap kOrang.
6. dan lastly,bentukan camne gaye kOrang nak! bila nak gOreng celup sikit dalam telur dan gOreng!
7. makan sesedap rasa~

p/s; harap maaf jika instructiOn susah difahami,aku belum grad lagi dalam bidang2 bagi arah memasak ni..;p

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa!!


finally,ramadhan is here,
cepat betul masa berlalukan,
disini aku ingin meluahkan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk menyambut dan menunaikan tanggungjawab sebagai umat islam di bulan yang mulia ini...
hOhOhO..;p
semOga di bulan yang mulia ini semuanya akan menjadi baik2 sahaja aku dOakan,
yang berperang tu semOga berenti2 la...wOrld peace,
yang bergaduh tu baik2 la semula,
yang berhasad dengki tu tObat2 la,
yang sesat tu semOga jumpa jalan balik,
yang semakin bertambah berat badan tu semOga kurang la sikit (termasuk la aku ;p)
yang tak cukup gula kat rumah tu bersyukur la sebab dapat kurangkan risikO kencing manis ;p
dan..semualah yang baik2 aku dOakan ye...

kepada rakan2 ku tersayang..yea aku sayang kOrang semua,kOrang je yang tak tau,
yang kat maktab,kat rumah,kat dalam blOg ni dan semua la yang bersepah-sepah di muka bumi ni,
aku mOhOn kemaafan la ye,,eh,cam nak raye la plak...;p
SELAMAT BERPUASA SEMUA!!!



Thursday, August 20, 2009

satu kad di saat tensen tahap dewa!



finally i manage tO finish this card
i struggle a lOt during the prOcess
since i left all my tOOls back at Maktab
sO have tO bOrrOwed my lil' sister stuff,duh~
i make this card fOr my first challenge at Cupcake Craft Challenges!
i hOpe it's gOod enOugh~
the cOlOur is a bit different in the picture than the real One..
if yOu're asking where is the cupcakes,it's the One in pink ;p
i try tO make it lOoks 3D,and it turn Out quite weird..hmmm..

p/s: sekarang aku tau ape nak letak dalam wish list aku,yang pertama sekali aku nak rOund cutter,tadi aku tengOk kat pOpular harge die RM75...fuh mahal! macam nak beli kapal terbang! jadi kalau sesiape nak bagi untuk hadiah hari jadi aku taOn depan,sila bagi aku rOund cutter...;p sangat tak malu mintak adiah~


Tuesday, August 18, 2009

steph awesOme candy!

aku sangat perlu menaip entry ni dalam bahasa inggeris supaya tuan punya blOg candy ni faham ape yang aku cakapkan,
doakan aku berjaya..weeee~ ;p

Ok,this pOst i exclusively dedicate fOr steph awesOme candy!
she is abOut tO giving away $150 craft vOucher!
gO and visit her blOg!

Friday, August 14, 2009

i'm hOme

[gamba amek semalam masa nak tunggu mak aku amek..seremban tershayang]

aku kini di rumah
rumah aku di seremban
jaraknya lebih kurang 5 minit je ke bandar seremban kalau takde traffic jam

namun setiap kali aku balik rumah aku akan jarang Online
sebab?

sebab line brOdband aku teramat la slOw di rumah ni macam sipOt!
aku pun tak tau ape masalahnye

malas la cucuk streamyx sebab aku nak keselesaan melayari internet dari atas katil ku tershayang..hOhOhO..sangat pemalas~
hmmm...aku masih lagi musykil kenape line brOdben sangat slOw di rumah ini...


semua Org tak berape sihat kat umah ni,
jadi same2 la kita doakan supaya semua Orang tersayang kita dijauhkan dari virus durjana ni..
amin~


Wednesday, August 12, 2009

ting..tOng...ting...tOng

serabut betul la pengumuman ni,
jika anda student ipgm ktaa,tidakah anda rase serabut dengan pengumuman ting tOng ni?
buat kacau je kalau waktu kuliah...
(tu belum kire kalau petang2 aku nak tidO lagi ;p)
kalau pengumuman ade 5 maka sepuluh kali la kOrang akan dengar suara kakak ni
lepas tu ayat bajet nak panjang je,
pelik betul siape la yang pandai sangat tulis pengumuman tu
"perhatian kepada semua ketua jabatan,para pensyarah,pelajar OUM 4 minggu,KPLI,PISMP,PPISMP perhimpunan mingguan bla..bla..bla..."
tulis je la "Perhatian kepada semua warGa IPGMKTAA"
dah la membazir masa,sakit telinga pulak tu...
apekejadahla semuanye ni...


Tuesday, August 11, 2009

a bOx.


semalam belajar buat kOtak dengan budak2 BM,
jadi hari ini aku buat sebiji.
bOleh isi cOklat dalam kOtak ni..huhuhuhuhu


hmm...aku tengOk hit cOunter aku,
dah sampai 647,hOhOhO ramai ke Orang yang datang tengOk blOg aku ni?
ke aku sOrang je yang bukak blOg ni sampai 647 kali?
=)



hari ini hari selasa


ini sebuah rumah.
R.U.M.A.H
kenapa rumah dipanggil rumah?
sape punya idea yang sOh rumah dipanggil rumah?
cuba anda sebut rumah banyak kali,
ape anda rasa?
saye rase pelik.


aku nak kemas barang nak balik rumah,
risau betul tengOk macam banyak sangat je barang nak bawak balik,
hmmm...bila la aku nak ade kereta sendiri ni?
inilah kereta idaman aku.
kene tunggu 30 kali gaji agaknyer baru bOleh beli ni...~



Monday, August 10, 2009

dOodle


ingat nak buat sketch arca,
tapi jadi menatang ni pulak.

amali sem. ni kena buat arca semblaj,
aku tak suka buat arca.
ade ke arca yang kiut?
i'm sOoo nOt in the mOod right nOw~

Sunday, August 9, 2009

sssyyhhhh~

[source: i don't remember ]

why did fate allow us to meet,if we could never be together?


Saturday, August 8, 2009

sweet~


satu lagi kad,
dah lama aku nak guna sticker 'sweet' tu,
semalam aku nekad jugak tampal atas kad ni...
hmmm..rasa nak cari lagi sticker ni,cute banget...
ni la antara sticker yang aku ade...


ada Orang cakap aku ni membazir duit je suka beli barang2 macam ni,
tapi kalau barang2 macam ni yang bOleh buat aku happy ape salahnye kan?
macam kalau kita suka makan nasi mesti ade lauk ayam
mahal macam mane pOn,elaun tak masuk pOn,kalau tu je yang bOleh buat kita lalu makan
kita beli jugak kan?
macam tu jugak la aku dan 'bende2 tak masuk akal' ni...

ade banyak lagi 'bende2 tak masuk akal' yang aku impikan,
hmm,kena buat wish list lagi ni..;p

Friday, August 7, 2009

i'm thinking


[source: mary ruffle]

"can we gO back tO the days Our lOve was strOng
can yOu tell me hOw a perfect lOve gOes wrOng
can sOmebOdy tell me hOw tO get things back the way it used tO be
Oh gOd give me the reasOn, i'm dOwn On bended knee"

bOyz II men - dOwn On bended knee





Thursday, August 6, 2009

hmm...


[source: i can read]

aku tak minat sebenarnyer letak backgrOund kat blOg ni...
kalau semua putih lagi senang...

tapi sebab hari ni tak ada kelas,jadi aku saje je nak serabutkan kepala,

aku letak la jugak backgrOund...
nak tukar template leceh...


windunyer nak balik rumah~

Sunday, August 2, 2009

Alat Bantu Mengajar (ABM)

ABM agak seronok untuk dibuat,
lebih2 lagi kalau yang 3D,
memandangkan subjek majOr aku PSV jadi ABM memang kena kreatif sikit yang penting serOnOk..
untuk menunjukkan betape serOnOknyer buat ABM ni,ni aku tOnjOlkan beberapa gambar ABM.
walaupun ni bukan ABM aku,tapi sebab suka sangat aku siap bermurah hati untuk tOlOng si Esah buat ABM die..
emm..KFC 1 yea sah!



ini mOdel bOneka aku ;p


nasi lemak..yang paling best sambal die la nampak real Ooo...hohohoho

inilah bahan2 untuk membuat burger,pizza dan nasik lemak...




Saturday, August 1, 2009

peringatan~

ini Kak Pah,
Kak Pah adalah mOdel ABM untuk kelas TDP aku.
Kak Pah pOn pandai pakai tOpeng muka.

hmm..aku ni je yg keras kepale,tak sedar bahaya H1N1.

kOnvensyen tekstile

pertama kali aku ke konvensyen tekstile,
dan aku rasa....
aku takan pergi lagi!
Orang kata 1 gambar seribu makna,jadi carilah makna2 tersebut di dalam gambar2 ni~


ni baru sikit je ni...


tengOk,ima pOn da pening da...


nampak sedap? ni semua tipu daya je ni...


tengOk la muka masing2...


waktu ni la kesabaran aku di uji ke tahap tertinggi..adOi~


sO,this is my advice,
unless u're really,i meant it! REALLy invOlved in the tekstile wOrld,
Other than that, this cOnventiOn is nOt (really really nOt) yOur place!

p/s: walau apepOn aku dah tau dah kOnvensyen tu macam mana,jadi ni la pengalaman yang aku dapat,cuma tak berape best je~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...