Selamat datang semua.sila klik ke blogshop saya untuk tengok readymade cards dan tags. terima kasih.

Friday, July 30, 2010

saya masih di Lanai



saya masih di Lanai.
ada lagi 3 minggu.
rindu sama kertas.
tapi saya ada anak murid yang cOmel =)
tunggu saya balik ok.

Sunday, July 11, 2010

7 minggu lagi!!


yeay! pejam celik tinggal lagi 7 minggu untuk habiskan praktikum.
tak sabOnyerr~
walaupun di Lanai best,tapi kena observe dan buat rph tu tak best.
maka aku pun tak sabarlah nak menamatkan praktikum ni....=)


ni kad terakhir yg aku ada,
lepas ni tak tau bila nak buat kad lagi,
mungkin lepas habis praktikum baru leh buat.
sbb barang2 pun aku tinggalkan kat rumah....huuuuu~

tak sabar! banyak benda yang aku tak sabar!
1. nak habiskan praktikum
2.balik rumah
3.elaun masuk
4.pergi jalan2
5.tunggu hadiah dari tershayang....ngeeeee =)

ok bye!
nak balik Lanai dah ni.

p/s: boleh imagine macam mana nak survive tempat yang tak ada line telefon,elektrik kena catu jauh sekali line internet yang laju? aku boleh,dan sedang merasainya. dan aku rasa taklah teruk mana,back to basic =)

Saturday, July 3, 2010

rindu blOg




uhuuuu windu dengan blog sendiri.
nampaknye hujung minggu je boleh online,sebab wireless di Lanai agak slOw~

Lanai?
masih ingat tak yang aku akan ke Lanai untuk 2 bulan.
yup,dah seminggu aku hidup di sana.
dan alhamdullilah...semuanya baik je kat sana.
aku je yang emo+risau+cuak melampau haritu,bila dah sampai sana,semuanya memang terbaik.
siapa sangka aku lebih aman di dalam hutan tu daripada kat maktab ni.

praktikum masih berbaki 7 minggu,
doakan aku dapat buat yang terbaik.
untuk adik aku Najib di USM sila belajar baik2 dan jaga diri baik2 jugak.

sekian
selamat berhujung minggu =)


Friday, June 25, 2010

praktikum kali ke-2!!!


huuuuuuu~
saye nak pergi praktikum lagi ni,
kali ni 2 bulan di Lanai~
waaaaaa.....tak sedih cuma takut.
huuuuuuu~
doakan laa saye dapat buat yang terbaik untuk praktikum kali ni =')

lagi sedih kali ni saye tak bawak peralatan dan bahan nak buat kad,
so saya akan berpuasa buat kad selama 2 bulan,
boleh imagine macam mana tak?
tapi,saye akan cuba untuk mencuri masa,ya,mencuri masa~

huuuuuuu~

***
ok,kad di atas di tempah oleh adik kak su,
dah lame sangat dia tempah,tapi last minute baru dapat buat,
banyak sangat gangguan jiwa masa nak buat kad ni,
maaf ye ieya~

sekian,
selamat berblogging.
and have a nice day!

-nasuha-

p/s: oh,saye ade 2 kad lagi nak upload =p

Friday, June 11, 2010

anak ayam gemuk


yeay! dah ada maskOt!
anak ayam ni dilantik sebagai maskOt blog aku tanpa dirancang.
macam anak ayam ni tengah tekedek2 jalan makan dedak pastuh aku tangkap dan jadikan maskot.


ok ni gambar anak ayam yang pertama,
untuk blog aku ni,aku bagi nafas baru sikit,
kan ni dalam perancangan aku masa awal cuti haritu,ingat tak?
aku gunakan nama 'Created by Nasuha' tapi masih kekalkan Duniaku indah kerana ada kamu,
tinggi oh sentimental value kat nama asal nih. so,aku taknak hapuskan begitu sahaja.

yang ni pulak header ntOk blogshop aku.
yup,dah lama terbengkalai blogshop nih,dah sampai masa aku hias sikit2...
mungkin nanti aku akan upload barang2 baru,
mungkin jugak akan jadi blog untuk aku jual shawl,atau berus gigi atau dengan colgate sekali...
hahahaha sebab tu aku tulis kedai runcit saya,macam2 ada...;p

kalau anda perasan jahitan kat anak ayam ni senget benget,
yup,aku la yang jahit...;p
kalau nampak kat bucu anak ayam tu macam ada benang terkeluar,masa tu benang tengah berselirat,aku dah bosan jadi rentap je...heeee amatur la katekan ;p

ok,esOk nak balik kampung,4 hari,so tak ada update,
daaaaa~
selamat bercuti dan berhujung minggu semua! =)

Wednesday, June 9, 2010

ketuk-ketuk renovate

haaa...tgh renovate sikit blog ni,
kasi buang tambah apa yang patut.
i do like 3 column template,tapi ade orang cakap nampak semak,
dan aku pun taklah rajin sangat nak godek2 template ni,
takut lain pulak jadi~ ;p

jadi tunggu dah tengokla ape yang jadi,entah cantik entah tidak...ngeeheeee =)
ok,tempahan kad sempena cuti:


kad jemputan birthday ni ditempah oleh kak diana untuk birthday anaknya ke 3.
harap adik raja athira sofea suka dan Happy Birthday! =)


sangat hepi,sebab kertas yang selama ni aku cari dah jumpa.
kertas coklat tu,nmpak klasik tak?
huh,penat tu cari, selalu jumpa yang dah jadi beg isi pisang goreng. ;p
kali ni sampul ni datang dgn tag sekali untuk jadi pelekat kat sampul.


nama pun kad jemputan kan,1 mana cukup.
so kad ni datang dalam 10 set!
fuhhhh~

ok...ok...nak sambung renovate blog nih.
kalau ada nak buat tempahan sila email ok.
sekian. =)

Wednesday, June 2, 2010

pandang ke depan jauh-jauh.

ok,untuk cuti 3 minggu ni,
aku nak cuba pandang ke depan dan jauh-jauh.


pertama:
praktikum sem depan aku akan ke LANAI.
ok,kalau nak tau sila guna google maps.
LANAI adalah 1 kawasan yang cantik.walaupun telah diteroka dengan ladang kelapa sawit,
tapi berapa ramai rakyat Malaysia yang tau kewujudan tempat ni?
berapa ramai yang tau masih ada anak-anak yang mindanya masih belum diteroka dengan kecanggihan facebook? fukuchan? dan mcdOnald?
ok,setakat ni je aku terhenti pasal LANAI.
selebihnya aku akan fikir dalam masa 3 minggu ni.gambaran lanai dan murid-muridnya,amacam?
amik gambar ni kat facebook lecturer aku ;p

kedua:
berapa ramai yang tau aku ade jual shawl?
yup,dah lame dah dulu jual kerongsang kat hostel ni.
lepas tu up sikit jual shawl.
lepas tu up up lagi jual shawl dalam facebook.
so,lately aku dah buang sorang bussines patner atas masalah2 dunia.
jadi sekarang ni jadi bussines aku sendiri.
aku yakin aku boleh buat sendiri sebab aku memang suka buat bussines ni.
idea awal pun memang datang dari aku.
ok,sekarang ni aku tengah fikir macam mana nak mengembangkannya lagi.
ni pun untuk difikirkan selama 3 minggu ni.
ni lah kedai aku kat facebook tu ;p
RNWSHOP
mungkin aku akan tukar nama.
dan buka blog baru.
hmmmmm....sedang pandang ke depan.

ketiga:
aku nak rebranding blog handmade card ni.
macam blOg bieha tukiran nih.
ok,nyah sila tolong aku plak buat rebranding.
nak buat macam mana ye?

keempat:
aku sangat teringin nak join flea maket ke bazaar ke buka 1 booth kan.
aku tengok ramai orang buka booth lagi2 masa youth festival haritu.
aku nak jugak join golongan2 berwawasan macam ni.
jadi ada sesiapa yang berilmu tentang benda2 macam ni?
bOleh kongsi?

ok,setakat ni.
sekarang kena brainstorming sket.
jika ada sesiapa yang nak hulurkan idea,sangat dialu-alukan =)
daaaaaa~

p/s: owh,saya menisyhtiharkan lepas ni jika anda nak tempah kad dengan saya tak boleh tarik diri,saya dah penat kecewa,setelah semua usaha saya bagi untuk siapkan kad dan akhirnya customer tarik diri macam tu je. macam saya tanam pokok bunga ros untuk hadiahkan kat kamu sebab kamu cakap dah mengidam sangat lepas tu bila saya nak bagi, kamu cakap taknak sebab bunga ros dah out of date dan kamu nak try bunga kekwa pulak. ha,mcm tulah rasenye. ok chOw~ =)

Tuesday, June 1, 2010

cuti!!! wOOhhoOooo!!!

ok,ade ke orang yang tak suka cuti?
ade ke?



akhirnya cuti yang ditunggu hampir tiba...wOOhOOooo!!!
tak sabarrrrr~
tak ada projek ape2 pun tapi excited wOah nak cuti. nak tidO dan buat kad ;p

ok,panjang cerita kad di atas ni.
dah ambil dah gambar yang elok tapi laptop mati pulak disaat2 nak upload.
so hilang semuanya.
ni pun nasib baik ade lagi dalam camera yang tak delete.
so inilah gambarnyer.
first time guna penyepit baju tuh.
tuan punya kad cakap lawa. ok dah puas hati =)

***
ok,akhirnya 1 impian aku dah tercapai!
buat FELT FOOD!!
muahahahahaha ;p
sempena exam yang dah abis minggu lepas aku pun merealisasikan impian aku yang satu ni.
serius aku memang tak pandai menjahit,tapi rase geram tengok felt food kat blog orang lain,
so aku mintak sifu BIEHA GOJES ajarkan aku menjahit.
maka terhasillah,
TARAAAAAAA~~~


ok,ade omlette sushi,dan udang tempura dan telur mata kerbau.

(buat sushi untuk wan,sbb kami sangat *heart* sushi king,ok kalau ada nak derma voucher sushi king silalah buat sekarang ;p)


dan aku buat SANDWICH!!
ok sila cakap yang korang nampak ni macam sandwich dan bukannye tempe atau sebagainya.
roti tu agak rentung sebab tu je warna yang aku ade ;p
ade tomato,ade cheese dan sayur~
cOmel tak?
ngeeee....;p
kenapa aku buat semua ni?
saje,aku memang suka main2 macam ni ;p




Sunday, May 23, 2010

gift bOx




ok,ni bukan baru buat.
tapi ni adelah kotak dan kad yang aku buat masa jadi featured artist di SnC.

saje je nak bagitau,
sempena musim cuti sekolah tak lama lagi mungkin ramai ada yang nak sambut sambutan hari jadi ke,reuniOn ke,majlis perpisahan ke
sO,mesti ada nak bagi hadiah kan atau doOr gift atau goodie pack dan sebagainya.
jadi ni saya nak try menerima tempahan untuk barangan berikut.
memandangkan ini satu percubaan,jadi saya tak berani ambil banyak.
apa-apa hal jika berminat sila email ok. kita boleh bincang
chua1403@yahoo.com

***
sebenarnya tengah study ni,
bOleh pulak keluar idea nak ambil tempahan mcm ni.
ok sambung study balik.
daaaaaa~

Friday, May 21, 2010

exam lagi~




sekarang sudah exam week.
maksudnye sem5 semakin hampir untuk sampai ke penamatnye...
wooOOhhooOO!! sangat teruja!
lagi teruja bila tau sekolah praktikum aku sem depan.
memang terbaik dari ladang la! ;p
semoga semuanya akan jadi ok. amin~

ok,pasal kat diatas,ditempah oleh cik fafa.
first time guna google eyes. eh betul ke google eyes? ;p
dalam gambar ni tak nampak layer dia,tapi kad ni mmg bertingkat2 sampai kembung la samput surat tuh..
dan perut burung tu muncit tau,akhirnya berguna jugak embossed pen yang aku beli dulu.

***

ok,cuti sem dah semakin hampir,maksudnya aku dapat menerima sebarang tempahan kad.
jika berminat email daku ini ok.
thanks.
have a nice day everyone!

Monday, May 17, 2010

mau terbang?



akhirnya jumpa jugak gambar kad ni,
kad ni dah lame buat,tapi tak ingat simpan dalam folder mane,
dah puas cari,akhirnya pagi2 buta ni baru jumpa ;p

hmmm...tak taulah,
semalam aku tengok balik kad2 yang aku dah pernah buat sebelum ni,
nampak ade perbezaan dengan yang aku buat baru2 ni,
tak tau lah,
ade rase tak puas hati~
macam hilang sesuatu,mungkin kualiti.
kena banyak cari idea baru nih.

***

ok,sesuatu telah terjadi,
sepanjang aku ambil tempahan,aku tak pernah terfikir akan jadi macam ni,
bila pos kad,kad tak sampai.
kecewa betul.
dan lagi teruk,sebagai seorang yg sangat clumsy,aku selalu terhilangkan tracking no.
so,takleh buat ape la kan.
maaf kak ros ;(

Wednesday, May 12, 2010

Hari Ibu, Mak, Mama, Umi




1 lagi kad hari ibu,
kad ini ditempah org,terima kasih kak ros.
semoga anda semua dah mengucapkan terima kasih kepada ibu2 anda.
bye,ade kelas ni =)

Happy Mother's Day


dah terlewat ke nak ucap selamat hari ibu?
rasenya setiap hari adalah hari ibu....;p
ok nak tunjuk sket,nilah kad hari ibu saye haritu...
ngeeee...ok tak? ok tak? ;p

***
penat,slmalam pergi Lanai Pantos.
tau kat mane Lanai Pantos?
try la search kat google maps.
tak tau la satelite leh detect tak tempat tu.
sebab tempat tu,no network coverage.
hehehehehe...ok sekarang boleh bayangkan kat mane Lanai Pantos tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...