Selamat datang semua.sila klik ke blogshop saya untuk tengok readymade cards dan tags. terima kasih.

Friday, May 21, 2010

exam lagi~




sekarang sudah exam week.
maksudnye sem5 semakin hampir untuk sampai ke penamatnye...
wooOOhhooOO!! sangat teruja!
lagi teruja bila tau sekolah praktikum aku sem depan.
memang terbaik dari ladang la! ;p
semoga semuanya akan jadi ok. amin~

ok,pasal kat diatas,ditempah oleh cik fafa.
first time guna google eyes. eh betul ke google eyes? ;p
dalam gambar ni tak nampak layer dia,tapi kad ni mmg bertingkat2 sampai kembung la samput surat tuh..
dan perut burung tu muncit tau,akhirnya berguna jugak embossed pen yang aku beli dulu.

***

ok,cuti sem dah semakin hampir,maksudnya aku dapat menerima sebarang tempahan kad.
jika berminat email daku ini ok.
thanks.
have a nice day everyone!

Monday, May 17, 2010

mau terbang?



akhirnya jumpa jugak gambar kad ni,
kad ni dah lame buat,tapi tak ingat simpan dalam folder mane,
dah puas cari,akhirnya pagi2 buta ni baru jumpa ;p

hmmm...tak taulah,
semalam aku tengok balik kad2 yang aku dah pernah buat sebelum ni,
nampak ade perbezaan dengan yang aku buat baru2 ni,
tak tau lah,
ade rase tak puas hati~
macam hilang sesuatu,mungkin kualiti.
kena banyak cari idea baru nih.

***

ok,sesuatu telah terjadi,
sepanjang aku ambil tempahan,aku tak pernah terfikir akan jadi macam ni,
bila pos kad,kad tak sampai.
kecewa betul.
dan lagi teruk,sebagai seorang yg sangat clumsy,aku selalu terhilangkan tracking no.
so,takleh buat ape la kan.
maaf kak ros ;(

Wednesday, May 12, 2010

Hari Ibu, Mak, Mama, Umi




1 lagi kad hari ibu,
kad ini ditempah org,terima kasih kak ros.
semoga anda semua dah mengucapkan terima kasih kepada ibu2 anda.
bye,ade kelas ni =)

Happy Mother's Day


dah terlewat ke nak ucap selamat hari ibu?
rasenya setiap hari adalah hari ibu....;p
ok nak tunjuk sket,nilah kad hari ibu saye haritu...
ngeeee...ok tak? ok tak? ;p

***
penat,slmalam pergi Lanai Pantos.
tau kat mane Lanai Pantos?
try la search kat google maps.
tak tau la satelite leh detect tak tempat tu.
sebab tempat tu,no network coverage.
hehehehehe...ok sekarang boleh bayangkan kat mane Lanai Pantos tu?

Saturday, May 8, 2010

penyakit ke'lupa'an.


tak pasti adakah kelupaan itu satu ayat. ;p

ok,sekarang aku dirumah,sebelum balik hari tu,
dah siap masuk gambar dalam pendrive ingat nak upload kat rumah,
tapi sampai rumah tengok2 tertinggal prndrive kat maktab pulak...
nak buat macam mane kan.
jadi anda tunggulah hari isnin ni.
insyallah =)

gambar: best kan setup buffet tuh?
hehehehe saje jalan2 cari idea untuk perancangan 2 tahun akan datang.
ngeeeee ;p



Monday, May 3, 2010

let's take a break for a while.


dapat award ni dari The Nostalgis Scarapper.
selalunya aku agak tak rajin nak mereply tag nih,tapi soalan untuk award yang ni aku sangat berminat.
ok mari tengok ape soalannye:

10 things that makes me happy.


1. umi,angah,maman,lala
2. rizuan asrar
3. kedai buku dan bau buku baru (hahaha..kalau buku yang baru dibeli kan macam ade bau ;p)
4. kertas,butang,riben dan segala barangan craft
5. mint chocolate chip ice cream
6. tengok gambar yang cantik yang mampu buat diri terbang diawangan. macam gambar rumah kaca kat atas ni. ;p
7. hari dapat elaun
8. makan dan minum secara beramai-ramai
9. kuih raye ;p
10. pakaging barangan yang cantik dan kreatif.

5 pieces of trivia about myself.

1. aku tak suka gelap dan sempit.
2. susah nak kawal mood diri sendiri.
3. sangat teringin nak buat bungee jumping atau paragliding
4. tak suka makanan pedas walaupun lahir,duduk kat n.9
5. saya suka lelaki tinggi! ;p

sekarang ni saya mau bagi award nih kat:

1. bieha gojess
2. adrina sidek
3. sara wo sensei
4. wawa
5. kepada sesiapa yang sudi berkongsi kegembiraan mereka. meh la amek award nih. nanti bila dah buat post kat blog,ajak saya datang bace eh. jgn lupe tau...=)

sekian~

Saturday, May 1, 2010

warm-up!



setelah agak lama tak buat kad,
tOkey cinonetcOmel telah memberikan saya peluang untuk warm-up.
jari2 yang dah agak keras ni,kembali bekerja seperti biasa.
susah jugak nak mula buat kad seetelah lama berehat nih.
kena refresh otak cari idea baru.
harapnya ini satu permulaan yg baik. ape pendapat anda?

rasa hidup kembali normal bila dapat buat kad.
mau buat tempahan? sila email saya ok. chua1403@yahoo.com
have a nice weekend everyone!


Saturday, April 24, 2010

recharge!


maka tamatlah praktikum dan ujian amali!
dan setelah 1 bulan 1 minggu tak balik rumah.
saya kini sedang menikmati bau kayu dan cat dirumah...hahahahah rumah tgh renovate pulak~
takpe janji balik RUMAH! sangat heaven rasenyer~
SANGAT!

jadi setelah separuh lebih bebanku pergi,mau buat ape pulak?
mau buat kad lOr~
ok...sekarang tgh jalan-jalan carik idea,rase macam dah lame giler tak buat kad.
so kene warm-up dulu.

ade mau tempah?
(hehehehe kena cari fulus sikit setelah praktikum hampir membangkrupkan akaun bank saye)
ok kalau mau tempah saya kini membuka tempahan untuk buat kad ok.
sila informkan awal-awal,at least 2 minggu sebelum tarikh anda nak bagi kad tu,sebab kena consider masa pengeposan lagi ok.
sila email saya chua1403@yahoo.com

Monday, April 5, 2010

Featured Artist at SnC!!!!






wooohhOOooo!
inilah yang saya nantikan,menjadi featured artis di Scrap n Crop!
sangat teruja masa pertama kali terima email dari penelope.
rasa takut pun ade sebab macam tak percaya.
tapi akhirnya allhamdullilah semuanya berjalan lancar.

Scrap n Crop merupakan online scrapbook store yang terbesar di Asia.
dan saya selalu beli barang untuk buat kad kat sini,sebab pilihan yang banyak
bagi yang pernah tanya saya mana nak cari barang untuk nak buat kad,
jawapan saya mesti kat sini. ;p

ok,kalau nak baca artikel penuh sila klik disini =)

***

maaf dah tak selalu update blog,
saya pun dah gatal tangan nak buat kad,
tapi masa memang tak mengizinkan langsung.
praktikum masih berbaki 2 minggu. ;(

Sunday, April 4, 2010

.tertekan.


saya sangat tension.
sangat.
ada lagi 2 minggu.
ugh,bila la nak cuti sem nih.



Wednesday, March 17, 2010

praktikum



saya dah mau pergi praktikum ni.
takut.
huuuuuu~
doakan saya berjaya untuk sebulan ni.
sebulan.
sebulan.
~

Sunday, March 14, 2010

saya dan 22


hari ini,
14 mac 2010.
saya genap 22 tahun.
syukur kerana masih bernafas.
pada ketika ini,alhamdullilah saya ada semua yang saya inginkan,biar sederhana tapi semuanya saling melangkapi.
terima kasih untuk keluarga tersayang,insan bernama rizuan,kawan-kawan dan semua yang hadir secara langsung atau tidak langsung dalam menemani saya sepanjang perjalanan 22 tahun ini,kamu semua adalah anugerah terbaik dalam hidup saya.
(macam ucapan menang oscar la pulak ;p)

-nasuha ahmad helmi-


aku dan tauke 'Blow me an art'

*wink* ;p

Sunday, March 7, 2010

My first layout!



layout ni dah lama buat,cuma tak ada masa nak upload.
selalu tengok oang buat scrapbooking nih,tapi tak tau nak try macam mana.
hari tu tiba-tiba terasa nak try.
jadi aku menggunakan barang2 giveaway yang menang haritu untuk buat layout ni.
hehehehe..ni kire layout barang free la nih ;p

disebabkan aku tak ada banyak gambar yang dah siap dicuci,
semua gambar simpan dalam laptop je,nak tengok bukak laptop,jadi tak ada yang dicuci,
maka aku gunakan gambar zaman muda aku nih...;p
tu yang warna gambar dia macam gambar zaman purbakala tuh....

apa pendapat anda tentang layout nih?

ok lah,nak sambung buat assgment.
serius aku sangat busy,semua orang sangat busy.
semoga ke'busy'an ini akan hilang.

opss...before i forgot,this layout fits for the challenge at Cupcake Craft Challenges

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...