Selamat datang semua.sila klik ke blogshop saya untuk tengok readymade cards dan tags. terima kasih.

Sunday, December 13, 2009

tutorial 1 -retro love-

[ingatan awal: saya bukan pro,nak kata amatur pun jauh sekali. tapi ni saya nak kongsi sikit2 ape yg saye tau untuk anda yang ada minat yang sama macam saya. buat kad. =)]

ok,nilah bendanya yang aku nak kongsikan. sebuah tuorial untuk anda.
sebenarnya takde la macam tutorial sgt,cuma nak berkongsi cara2 aku buat kad.
semoga lepas ni anda pun boleh buat kad sendiri ok.
tutorial ni berdasarkan kad retro love tu.
harap maaf la kalau gambar tak best. sebab aku ni tak pandai bab2 amek gambar ni ;p
dan kalau bahasa tak paham pun harap maaf la. dulu belajar bm kat jepun tu yang macam pelik tu ;p

1. pilih background kad anda dari cardstock yang bewarna plain. kat sini saya pilih warna hijau turqouise ni dan warna cream tu. saya potong dengan ukuran 10cm x 14.5cm.
2. pilih pattern paper yang bersesuai. ok ni sikit advise bagi anda yg baru nak try buat kad. alternatif lain sebelum anda beli pettern paper yg mahal tu anda boleh guna pembalut hadiah yang cantik2 tu atau keratan iklan kat majalah.

[kalau nak diikutkan proses sebenar,anda mesti ade sketch dulu dan kajian warna.ceh,dah macam nak buat folio psv ujian amali la plak hahahaha ;p dalam bahasa mudahnya kena ada idea macam mana nak susun atur kad dan warna ape nak guna.)

3. buat hiasan. ok ni cara-cara nak buat hiasan. kalau dalam kad2 sebelum ni contohnya macam saya buat sundae,bunga dan lain2 tu. caranya sama je cuma bentuk lain. kat sini saya tunjukkan cara nak buat alphabets nih.
mula2 print huruf yang anda nak. kemudian trace kat pattern paper dan gunting! simple kan =)

[sebenarnya kat kedai craft dah siap jual alphabets dan bentuk lain dari chipboard. tapi harga dia macam nak beli airbus,untuk student macam saya ni mane la mampu. so buat sendiri je ;p]


4. ok ni tips untuk kasi alphabets kita tadi nampak umph siket! guna foam tape! yup ni la rahsianya nak buat kad nampak ade layer. saya rekomenkan foam tape sepesis ni,tapi saya tak tau brand ape ni. jadi kalau nampak ade foam tape camni beli la. sebabnya dia tak merosakan kertas kalau nak tanggal balik.


5. yang ni pulak cara2 nak menebuk kertas. yang selalu anda nampak lubang2 kat tepi kertas tu macam ni la carenye. tebuk pakai jarum paling besar yang anda ada dan alas dengan mouse pad anda . yup tu la tricknye. kadang2 saya guna hujung jangka lukis je kalau nak lubang yang lagi besar.
sebenarnya pembaris tu bertujuan supaya lubang yg ditebuk tu lurus. jarak die main agak2 je.

[saya rase tool untuk buat paper piercing ni ade jual kat kedai. tapi mesti mahal kot. so kite recycle je ape yang ade ok.]


6. ok ni la hasil hiasan tadi. nampak lagi real kan. kalau tak nampak sekeping je.
ok bile dah siap buat semua hiasan. dah confident pasal susun aturnya. baru la kite gam ok!


7. untuk gam saya guna double tape! sebab kemas. tapi bila saya malas saya guna gam UHU. yup tu la gam pemalas saya.
dan waktu ni la anda susun la camne pun kad anda tu. mengikut kesesuaian mata anda.
[jika anda memahami unsur keseimbangan,sila aplikasikan ok. ;p]

kalau nak tengok hasil akhir sila tengok di post bawah ni ok.
sekian sahaja kelas buat kad hari ni.
harap anda leh try kat umah.
dan kalau anda ade cara2 buat kad yang lagi best,sila kongsi ok.
daaaaaaaa~

5 comments:

rObOt said...

mekaceh dik Ju'A sbb ajar cmner nak buat kad nih.hehe :) *especially yg jarum tuh.hehe*

nasuha ahmad helmi said...

same2 kak robot..=)

Dan said...

tengs suha sbb aja bt kad...
iqa ske bt kad..tp xreti bt cntik2 cm suha..
hrp2 pasni leh improve..berkat ajaran cikgu suha...hehehe...:)

izue said...

wahh.. kagum2!!

Latika.Dot.Dot. said...

suke sangat tutorial nieee.
nak try jugak lah. thanks sudi kongsi dgn other readers!!!
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...