Selamat datang semua.sila klik ke blogshop saya untuk tengok readymade cards dan tags. terima kasih.

Thursday, December 17, 2009

polka-love-dot



i'm too excited when i'm making this card.
sebab masa ni paper pad Cosmo Cricket Early Bird aku baru je sampai dihantar abg posmen.
tak sempat lagi kertas2 tu nak rehat aku dah terus mula kerjakan.
hahahahaha..sangat puas hati.
design dia memang cute abes!
so nantikan update2 akan datang ok.


***


esok daku akan balik kampung,
jadi selama 5 hari takkan ada update kad terbaru. =)
harap besabar ok. daaaaa~


[ EDIT: aku sedang mencari embossed pen/tool apejelah namenyer yang macam pen tapi hujung macam bola besi tuh,dah cari kat online shop takde,kedai2 buku kat seremban pun takde,jadi kalau ada sesiapa tau kalau2 ade kedai online ke,kat seremban ke yang ada jual tolong bagitau eh. terima kasih =)]


good luck!



my first farewell card.
hahahahaha...masa mula2 dapat permintaan buat kad ni,
aku tertanya-tanya,macam mane la nak buat kad farewell?
memula aku nak letak sekor zirafah lagi...hahahahahaha
tapi akhirnya dapat gak idea buat tali leher ni. sebab penerimanya lelaki. =)
(nak gi pasar malam jadi kene tulis siket2 je,sambung malam nanti eh,daaaa~ ;p)

another cupcake card


sila bersabar je lah dengan tahap pencahayaan gambar yang ntahapeape nih.
kad ni ditempah orang,tapi takleh bagitau nama kot.
sebab nanti tak suprise pulak untuk orang yang nak terima tu kan.
takpelah biar aku dan tuan punya kad je yang tau ;p
selain tu,
kad ni jugak untuk cupcakecraftchallenges
this week theme is birthday card!
***
ok ni ada sedikit pesanan.
lepas ni bagi sesiapa yang nak tempah kad.
sila,tolong dan jangan tarik diri di saat2 akhir.
lagi menyakitkan bila tarik diri dendiam bila kad dah siap buat tak tau je.
saya yang sakit hati ok.
saya sangat sayang kertas2 dan masa saya yang sangat berharga.
jadi mintak tolong jangan buat saya membazirkan kedua-duanya.
sekian.
dan lagi esok,saya akan balik kampung kat terengganu.
jadi jika ada tempahan lagi lepas ni hanya dapat dibuat selepas 22 disember.
terima kasih =)

Sunday, December 13, 2009

tutorial 1 -retro love-

[ingatan awal: saya bukan pro,nak kata amatur pun jauh sekali. tapi ni saya nak kongsi sikit2 ape yg saye tau untuk anda yang ada minat yang sama macam saya. buat kad. =)]

ok,nilah bendanya yang aku nak kongsikan. sebuah tuorial untuk anda.
sebenarnya takde la macam tutorial sgt,cuma nak berkongsi cara2 aku buat kad.
semoga lepas ni anda pun boleh buat kad sendiri ok.
tutorial ni berdasarkan kad retro love tu.
harap maaf la kalau gambar tak best. sebab aku ni tak pandai bab2 amek gambar ni ;p
dan kalau bahasa tak paham pun harap maaf la. dulu belajar bm kat jepun tu yang macam pelik tu ;p

1. pilih background kad anda dari cardstock yang bewarna plain. kat sini saya pilih warna hijau turqouise ni dan warna cream tu. saya potong dengan ukuran 10cm x 14.5cm.
2. pilih pattern paper yang bersesuai. ok ni sikit advise bagi anda yg baru nak try buat kad. alternatif lain sebelum anda beli pettern paper yg mahal tu anda boleh guna pembalut hadiah yang cantik2 tu atau keratan iklan kat majalah.

[kalau nak diikutkan proses sebenar,anda mesti ade sketch dulu dan kajian warna.ceh,dah macam nak buat folio psv ujian amali la plak hahahaha ;p dalam bahasa mudahnya kena ada idea macam mana nak susun atur kad dan warna ape nak guna.)

3. buat hiasan. ok ni cara-cara nak buat hiasan. kalau dalam kad2 sebelum ni contohnya macam saya buat sundae,bunga dan lain2 tu. caranya sama je cuma bentuk lain. kat sini saya tunjukkan cara nak buat alphabets nih.
mula2 print huruf yang anda nak. kemudian trace kat pattern paper dan gunting! simple kan =)

[sebenarnya kat kedai craft dah siap jual alphabets dan bentuk lain dari chipboard. tapi harga dia macam nak beli airbus,untuk student macam saya ni mane la mampu. so buat sendiri je ;p]


4. ok ni tips untuk kasi alphabets kita tadi nampak umph siket! guna foam tape! yup ni la rahsianya nak buat kad nampak ade layer. saya rekomenkan foam tape sepesis ni,tapi saya tak tau brand ape ni. jadi kalau nampak ade foam tape camni beli la. sebabnya dia tak merosakan kertas kalau nak tanggal balik.


5. yang ni pulak cara2 nak menebuk kertas. yang selalu anda nampak lubang2 kat tepi kertas tu macam ni la carenye. tebuk pakai jarum paling besar yang anda ada dan alas dengan mouse pad anda . yup tu la tricknye. kadang2 saya guna hujung jangka lukis je kalau nak lubang yang lagi besar.
sebenarnya pembaris tu bertujuan supaya lubang yg ditebuk tu lurus. jarak die main agak2 je.

[saya rase tool untuk buat paper piercing ni ade jual kat kedai. tapi mesti mahal kot. so kite recycle je ape yang ade ok.]


6. ok ni la hasil hiasan tadi. nampak lagi real kan. kalau tak nampak sekeping je.
ok bile dah siap buat semua hiasan. dah confident pasal susun aturnya. baru la kite gam ok!


7. untuk gam saya guna double tape! sebab kemas. tapi bila saya malas saya guna gam UHU. yup tu la gam pemalas saya.
dan waktu ni la anda susun la camne pun kad anda tu. mengikut kesesuaian mata anda.
[jika anda memahami unsur keseimbangan,sila aplikasikan ok. ;p]

kalau nak tengok hasil akhir sila tengok di post bawah ni ok.
sekian sahaja kelas buat kad hari ni.
harap anda leh try kat umah.
dan kalau anda ade cara2 buat kad yang lagi best,sila kongsi ok.
daaaaaaaa~

-retro love-



amacam,nampak retro tak?
aku sangat suka kad ni.
pertama, sebab kad ni nampak simple dan senang nak dibuat.
dan kedua, sebab warna hijau turqoise dan kuning mango tu. =)
warna hijau dgn kuning tu warna baru kat kedai yg aku selalu beli kertas tu.

dan perasan tak aku tak guna ribbon dan butang langsung!
wuuuhhuuuuu! ;p
yang kuning bulat tu merupakan brads.

ok..ok..kali ni ade sesuatu aku nak kongsi dgn korang semua.
nantikan post seterusnya ok.
jeng..jeng..jeng...;p

Friday, December 11, 2009

thanks for your love ke-2



ok,kad ni pun sama dengan kad yang aku pernah buat sebelum ni.
tajuk pun sama.
tuan punya mintak yang sama.tapi kertas2 yang guna dulu dah tak ada lagi.
jadi aku guna pattern paper yang baru.
harap ok ye nurul.

***

memang betul la taste manusia ni lain2 kan.
apa yang kita nampak cantik mungkin tak bagi orang lain.
cantik itu subjektif.

oh ye,bagi semua kawan2 baru kat dalam blog ni.
anda semua boleh panggil saya suha ok.
ada yang panggil chua,rase macam pelik la.
sebab tu name makcik2 saye je yang panggil =)
hehehehehehe.

terima kasih kepada semua yang sudi lawat blog ni.
dan berlebih-lebih terima kasih bagi yang sudi tinggalkan komen. =)

butterfly ke-2



pertama kali aku ulang buat kad yang sama design.
dah tuan punya kad request,jadi aku buatkan je lah.
aku tak pernah ingat saiz ukuran kad yang aku buat,jadi nak buat sebiji macam yang pertama tu agak susah.
harap tuan punya kad berpuas hati ok. =)
warna purple ni pun tuan punya kad yang mintak =)

oh ye,pattern paper dari basic grey sultry collection,
jika nurul a.k.a tuan punya kad nampak macam kesan hitam2 kat kad tu.
tu bukan kotoran,tu memang kertas tu macam tu. =)


***

hari ni kan.
aku kan.
pergi jogging.
dan sekarang.
kakiku sakit.
perut pun sakit.
betis rasa kejang.
esok tak mau jogging lagi.
hahahahahahahahahahahahahahahahaha =)

Thursday, December 10, 2009

you are my forever


kad ini dah dalam perjalanan menuju ke tuannya.
thanks kak adibah!
harap akak suka ok.

pattern paper dari Basic Grey Sultry Collection.
pattern paper aku dah semakin berkurangan.
walaupun ada lagi 2 pad,tapi aku tak berkenan dengan warna-warna dia.
jadi sekarang ni aku tengah buat pertimbangan,nak beli 1 pad terus atau beli sekeping2.
beli sekeping2 agak mahal,tapi dapat pilih apa yang kita berkenan.
beli 1 pad harga dia boleh la,tapi tak semua yang aku berkenan.
hmmmm.....

***

ok,sekarang dah 2 minggu kot giveaway saya berjalan,
saya dah ada seramai 223 kawan(follower)
bayangkan dari 81 jadi 223..wow banyak tu. dan terima kasih semua yang sudi jadi kawan saya.
dan disini saya nak mintak maaf jika saya tak dapat nak jadi kawan (follower) anda kembali.
atas sebab-sebab tertentu. maaf ye =)

cuti ade 3 minggu je lagi.
badan ni dah terasa makin 'berat' ;p

Wednesday, December 9, 2009

sweet sundae!


tolong la bagitau yang korang nampak tu semangkuk sundae,
dan bukannya sebiji sampan yang hanyut di hilir ;p
harap nampak macam sundae di mata kamu.

pertama kali try buat sundae pakai kertas. harap cukup manis untuk cik atiqah. =)
sekali lagi,nampak tak butang besar tu?
yup...kalau tengok lagi teliti butang tu ade corak bulat2,cute!

dan kepada cik Hanisah Halim,
perasan tak riben tu?
hehehehehe...tenkiu esah,hanya riben pemberian ko je yang paling matching dengan kad ni.

***

ade lagi kad yang tak siap nih!
harap kepada sesiapa yang tempah bersabar eh.
insyaallah sempat siap. ;p

kadang2 dalam sehari aku cuma dapat buat 1 kad,
tengok tahap kesusahan kad yang nak dibuat dan jugak jadual harian aku. ceh~
almaklum la waktu2 cuti ni banyak sangat appoinment aku dengan panggung wayang,shopping complex,dating,bla..bla..bla..;p
tapi jangan risau kad tetap di buat.
lagipun kalau asyik menghadap sangat kertas2 ni mata aku leh pening.
yes mate yang pening bukan kepala ;p


birthday card for umi.



kad ni belum di pos pun kepada tuannya,
tapi dah interframe dalam blog ni dah.
sorry ye atiqah,tangan ni gatal sangat nak post gambar ni kat blog ;p

nampak tak butang besar tu?
first time guna tu.
tak tau la kenapa mesti kena ada butang kat kad.
aku masih lagi belum ada jawapan~

***

sekali lagi nak bagitau ni,
line internet kat rumah ni ada masalah.
masalah yang sangat teruk. sampai rasa nak campak je modem dengan broadband ni ke longkang.
jadi jika ada sebarang soalan kat shoubox,sebarang comment kat post,dan entry baru untuk giveaway,yang tak dapat saya reply dan lawat kembali blog anda,harap anda faham. =)

untuk membuat post ni je aku kena online kat beranda rumah.
yess..kalau jiran-jiran tengok ni mesti pelik ;p




Monday, December 7, 2009

hOliday at cameron




nak mengabadikan sekerat dua gambar kat blog ni.
cameron pun mengalami musim hujan jugak.
jadi sejuk dia memang agak ssseeejjuukkk~

umi beli banyak pokok dan pasu.
dan aku beli sepasu pokok rosemary..hahahaha
dengan harapan akan dapat masak macam Jamie at home tu~ =p

heh,baru perasan.
angah tiada dalam holiday ni.
sorry ngah..hehehehehe ;p


you & me




sabtu lepas baru balik dari cameron,
malam tu jugak dah mula pulun buat kad untuk auntie akmar ni.
dia cakap nak yang ada night theme,seriously otak aku takleh fikir .
kalau anda anda dan anda perasan kebanyakkan kad aku mesti warna pink,merah
sebab tu warna favourite =)

jadi setelah difikir ni lah yang terbaik yang aku boleh buat.
pattern paper dari Sassafras Amplify Wee Bundle yang aku beli haritu.
aku pilih sebab ada warna biru,tapi biru dia macam vintage sikit. tu yang nampak kelam je tu.
pilih tema burung lagi,sebab auntie akmar ni baru kahwin.
faham tak kaitannye? hehehehe fikirlah sendiri =p

oh,yang tempat bujur hitam tu tempat letak gambar.
tuan punya kad nak yang boleh letak gambar.

dan saya akhiri dengan ayat lazim seorang penjual "harap aunie akmar suka"
end.

***

ok berkaitan giveway,setakat aku menaip ni dah ada 70 orang yang join.
setakat ni aku terima semua entry tak ada yang kena delete lagi.
dan ada entry yang aku tak dapat nak lawat blog mereka sebab line internet kat rumah ni macam tttuuuutttt! rasanyer laptop ni dah layak kena fomat balik.
maaf ye.

dan lagi, huruf 'v' di keyboard laptop ni dah jahanam.
jadi susah aku nak taip perkataan yang ade huruf 'v'
jadi kalau lain kali aku taip 'gieaway' harap anda faham kenapa. =)

dan lagi, aku tutup sementara tempahan kad,
sebab nak siapkan yang ada dulu.
maaf sekali lagi.

dan,sekian terima kasih.


Tuesday, December 1, 2009

Happy birthday to Maman!






hari tu masa siapkan kotak susu untuk giveaway tu,
maman duduk je tengok kat sebelah, die cakap die nak jugak,akak ni asyik buat untuk orang lain je...
tersentuh dan sayulah hati beta mendengarnya,
maka harini aku dok la pulun buat kotak bentuk kek ni sepanjang hari,
sebab ni pertama kali buat jadi ambil masa yang agak lama,dalam 3 jam jugak aku menghadap kek ni.
buat kek sebab 5hb ni hari jadi dia,selalunya aku bagi hadiah dan kad,
hadiah tu mungkin lama sikit tempoh riwayat,tapi kad tu dalam sehari je dah dikuburkan kat tong sampah...biasela budak2 mane tau simpan benda2 kecik macam ni.
jadi kali ni aku buat kotak bentuk kek.dengan harapan boleh la die simpan baik2 dan gunakan.
....
....
....
....
....
....
....
....
tak sampai 20 minit selepas aku menyerahkah kotak kek tu,
dia buat main simpan kereta mainan.
dia berlari-lari dan terpijak.
yessss!!! 3 jam aku dibawah tapak kakinya. walaupun kemek sikit tapi agak...agak berapi jugak hati ni melihatnya~
takpelah,nasib baik budak kecik lagi,kalau besar... ;p

aku tak pandai menghias kek,jadi inilah hasilnya.
lain kali aku try buat lagi.
maman cakap nak kek rasa coklat dan ada strawberi,tapi aku tak pandai buat strawberi.
nak buat strawberi tapi jadi macam krim yang keluar dari piping beg tu ;p


****

esok aku akan ke cameron selama 5 hari.
jadi tiadalah sebarang kad yang akan diupload untuk 5 hari mendatang ni.
tapi yang mana belum join giveaway pergi join ok.
yang dah,terima kasih diucapkan.
setakat ni dah ada 20 penyertaan.allhamdullilah.
masa mula-mula buat ingatkan tak sampai 10 orang yang akan masuk.
terima kasih semua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...