Selamat datang semua.sila klik ke blogshop saya untuk tengok readymade cards dan tags. terima kasih.

Saturday, April 24, 2010

recharge!


maka tamatlah praktikum dan ujian amali!
dan setelah 1 bulan 1 minggu tak balik rumah.
saya kini sedang menikmati bau kayu dan cat dirumah...hahahahah rumah tgh renovate pulak~
takpe janji balik RUMAH! sangat heaven rasenyer~
SANGAT!

jadi setelah separuh lebih bebanku pergi,mau buat ape pulak?
mau buat kad lOr~
ok...sekarang tgh jalan-jalan carik idea,rase macam dah lame giler tak buat kad.
so kene warm-up dulu.

ade mau tempah?
(hehehehe kena cari fulus sikit setelah praktikum hampir membangkrupkan akaun bank saye)
ok kalau mau tempah saya kini membuka tempahan untuk buat kad ok.
sila informkan awal-awal,at least 2 minggu sebelum tarikh anda nak bagi kad tu,sebab kena consider masa pengeposan lagi ok.
sila email saya chua1403@yahoo.com

Monday, April 5, 2010

Featured Artist at SnC!!!!






wooohhOOooo!
inilah yang saya nantikan,menjadi featured artis di Scrap n Crop!
sangat teruja masa pertama kali terima email dari penelope.
rasa takut pun ade sebab macam tak percaya.
tapi akhirnya allhamdullilah semuanya berjalan lancar.

Scrap n Crop merupakan online scrapbook store yang terbesar di Asia.
dan saya selalu beli barang untuk buat kad kat sini,sebab pilihan yang banyak
bagi yang pernah tanya saya mana nak cari barang untuk nak buat kad,
jawapan saya mesti kat sini. ;p

ok,kalau nak baca artikel penuh sila klik disini =)

***

maaf dah tak selalu update blog,
saya pun dah gatal tangan nak buat kad,
tapi masa memang tak mengizinkan langsung.
praktikum masih berbaki 2 minggu. ;(

Sunday, April 4, 2010

.tertekan.


saya sangat tension.
sangat.
ada lagi 2 minggu.
ugh,bila la nak cuti sem nih.



Wednesday, March 17, 2010

praktikum



saya dah mau pergi praktikum ni.
takut.
huuuuuu~
doakan saya berjaya untuk sebulan ni.
sebulan.
sebulan.
~

Sunday, March 14, 2010

saya dan 22


hari ini,
14 mac 2010.
saya genap 22 tahun.
syukur kerana masih bernafas.
pada ketika ini,alhamdullilah saya ada semua yang saya inginkan,biar sederhana tapi semuanya saling melangkapi.
terima kasih untuk keluarga tersayang,insan bernama rizuan,kawan-kawan dan semua yang hadir secara langsung atau tidak langsung dalam menemani saya sepanjang perjalanan 22 tahun ini,kamu semua adalah anugerah terbaik dalam hidup saya.
(macam ucapan menang oscar la pulak ;p)

-nasuha ahmad helmi-


aku dan tauke 'Blow me an art'

*wink* ;p

Sunday, March 7, 2010

My first layout!



layout ni dah lama buat,cuma tak ada masa nak upload.
selalu tengok oang buat scrapbooking nih,tapi tak tau nak try macam mana.
hari tu tiba-tiba terasa nak try.
jadi aku menggunakan barang2 giveaway yang menang haritu untuk buat layout ni.
hehehehe..ni kire layout barang free la nih ;p

disebabkan aku tak ada banyak gambar yang dah siap dicuci,
semua gambar simpan dalam laptop je,nak tengok bukak laptop,jadi tak ada yang dicuci,
maka aku gunakan gambar zaman muda aku nih...;p
tu yang warna gambar dia macam gambar zaman purbakala tuh....

apa pendapat anda tentang layout nih?

ok lah,nak sambung buat assgment.
serius aku sangat busy,semua orang sangat busy.
semoga ke'busy'an ini akan hilang.

opss...before i forgot,this layout fits for the challenge at Cupcake Craft Challenges

Sunday, February 28, 2010

projek suprise


assalamualaikum.
saya ada projek besar punya!
tapi kena suprise dulu,bagi kamu semua berteka-teki dulu ;p
aku akan upload gambar projek ni,tapi bukan keseluruhan sikit2 aje dulu.
bagi kamu semua tertanye-tanye dulu..hehehehe
sampai masa nanti aku akan rungkaikan apekah projek suprise ini...;p

hari ni bagi korang tengok salah satu gambar projek aku.


hehehehe...cube teka apa ni...
kalau nak tengok gambar penuh,tunggu sampai masanye nanti,bila?
aku pun tak tau...hahahaha..sabau je la yek.

***

maaf ye lame tak update blog,
aku sangat busy.
tak sabar nak cuti. masalahnyer cuti lambat lagi. huuuuuu~

selamat mengharungi hari-hari esok untuk aku dan kamu semua!

Tuesday, February 16, 2010

rindu blog. dan bebelan.

yep.
aku sangat rindu blog ni.
walaupun aku tak update blog ni dah lama.tapi aku selalu melawat blog ni.
dan blog2 orang lain.
cuma cuaca panas sekarang ni membuatkan aku malas nak menaip. ;p

tentang membuat kad.
aku sedang ada projek baru. jadi nantikan ok.

...
(tanda ni bermaksud nak tukar tajuk lain ;p)

harini tak mau la cerita pasal kad.
aku mau cerita tentang blog dan ape je la yang terlintas dalam kepala ni.
kalau tak silap aku dah nak hampir setahun blog aku ni terwujud.
dan sedikit sebanyak ianya memberi kesan dalam hidup aku ni.
aku mula minat membuat kad disebabkan adanya blog ni.
yup,sebelum ni aku tak tau pun yang dah ada 1 budaya membuat kad. ingatkan sekadar hobi biasa2 aje. dan hasil lawatan dari blog ke blog aku jumpa pelbagai manusia2 kreatif!
dan bila melihat hasil kerja mereka,dengan benda sekecil dan semudah kad,walau hanya tengok,aku dah rasa gembira.
macam kalau kita pergi kedai lovely lace ke,kedai hadiah ke,tengok je dah buat rasa happy kan?
macam tulah perasaan aku bila tengok hasil kerja orang lain.
dan berbekalkan perasaan tu,aku nak jugak try buat kad,supaya bila orang lain tengok hasil kerja aku,mereka pun akan ada perasaan yang sama.
harapnya niat aku tu sampai. =)

....

hari ini ada manusia yang semakin kejam.
aku tak faham macam mana boleh ada manusia yang melihat nyawa orang lain macam sampah.
macam tak ada nilai.
kalau nyawa orang lain kita tak hargai apetah lagi benda2 lain.
manusia yang hilang nilai kemanusiaan. aku benci kau.
kalau yang tengah berperang tu memang wajib la ada yang bunuh membunuh.
ni yang duduk dalam negara aman damai pun nak membunuh jugak.
bunuh bayi la,family la,tu la,ni la. ape sebenarnya yang ade dalam kepale hotak manusia2 berhati haiwan nih?
lebih menyayat hati,bayi yang dibuang. dasar haiwan sungguh!

tapi,disebalik manusia2 kejam ni,masih ada ramai lagi yang berhati mulia.
aku percaya tu.
mungkin kita perlu ada satu perubahan. perubahan minda mungkin.

...

sem. banyak sungguh kerja,aktiviti luar, tambah lagi dengan praktikum.
memang berkedut la otak aku nanti. ;p
antara kerja yang baru siap adalah membuat poster menggunakan adobe photoshop.
nampak mudah,tapi susah kerana proses membuat tu yang nak dinilai.
jadi bagi seorang yang tak pandai guna photoshop ni,aku kena la bekerja pulun lebih sikit.
maka dapatlah hasil macam ni. ;p
poster ni adalah untuk promote ipg aku nih.amacam?


poster rekaan aku untuk IPGku,kalau nak kasi apa2 hadiah boleh pos kat alamat kat bawah tu ;p

aku semasa presentation poster ;p

...

huhuhu...panjang tak? panjang tak post kali ni? ;p
siapa la agaknyer yang sudi baca eh? hehehehe ;p
dah penat,dah berpeluh.
sekian sahaja.
maaf la kalau aku tulis tak tentu hala,ada yang tak faham ke.
aku memang macam ni. ;p
assalamualaikum!




Saturday, February 6, 2010

kisah aku dan sekeping hati yang sakit.



EDIT: gambar hari tu tak cantik,jadi ambil yang baru ;p

kad ni dibuat weekend haritu.
dah seminggu simpan baru nak upload.
alkisahnyer minggu ni adalah minggu sakit hati sedunia.

sakit hati tahap gaban.
sakit hati bila nikmat ber'facebook' diragut.
nak tulis blog pon rase ragu2 je.
maka aku jadi famous seketika.

aku tak mintak jadi famous.
tapi nak buat apa kalau orang dah bagi kan.
tapi sungguh tttuuuuuuttttt cara orang tu mem'promosikan' aku.
memang sungguh ttttuuuuuttttt!

inilah kisah aku yang sakit hati.
aku tak dapat nak huraikan dengan jelas,kerana masih terasa macam ade spy dok ngintip.
adOiyay!

maka petang tadi aku telah men'delete' seratus lebih 'kawan' dari facebook aku.
nikmat ber'facebook' masih belum pulih sepenuhnya.~
sedih~

Thursday, January 28, 2010

sayang blog tinggal-tinggalkan ;p





rindu giler sama ini blog.
akhirnya broadband aku dah kembali sihat sejahtera.
terima kasihlah kepada classmateku Kavin.

jadi kamu semua rindu sama aku tak? ;p

maaf la dah lama sangat tak update blog ni.
selain sebab broadband,aku jugak sibuk dengan hal2 lain.
buat kad pun dah tak berkesempatan sangat.
banyak aku terima email untuk tempahan kad,aku terpaksa tolak,sebab busy.
kalau dapat buat pun aku takut tak berkualiti. jadi lebih baik aku tak terima.

tapi baru2 ni ada 1 order yang tak dapat aku tolak.
jadi aku buatkan jugak.
maka inilah hasil kad tu. (rujuk gambar diatas ;p)
dia mintak kad yang sibijik macam yang pernah aku buat sebelum ni.
takla susah sangat. harap akak tu dan husband dia suka.


***


aku ada projek mega dengan Hanisah Halim dan Rizuan Asrar a.k.a shayang.
nantikan!




Friday, January 22, 2010

argggh~

aku kini dalam mood kecewa.
kecewa tahap dewa.

laptop ni baru diformat.
dan mengakibatkan broadband aku tak dapat digunakan.
arggghhhh~ sangat geram weyhhhh!
mane pernah aku hidup sehari tanpa broadband aku nih!!!
mane pernah aku tido tanpa ucapkan good night kat brodband nih!
adOiyay~ sangat down sekarang.
walaupun line wifi leh guna tapi aku tetap nak guna broadband jugak!


maka,jika ada comment yang tak berbalas,anda faham kenapa kan.
jika ada email tak ber'reply' ,sila rujuk kenyataan di atas.
tanpa broadband kesayangan semuanya tak bermakna lagi.
huuuuu~


Sunday, January 17, 2010

blogshop updated.



yup,saya dah update blogshop saya.

kalau anda berminat dengan 3 kad dibawah.
boleh lawat blogshop saya untuk lihat harganya.
terima kasih.

klik sini untuk ke blogshop saya.


make a wish



chipboard dan doilies adalah dari hadiah giveaway.
huuu~ ;p
saje nak test.

ade sesuatu yang membuatkan aku super duper happy sekarang ni.
tapi tak bleh bagitau dulu.
kena tungguuu~

oh ya,and this card fits for the challenge at :
Cupcake Craft Challange (going girly)
Daring Cardmaker (hole in one)

***
kejap je dah nak abis weekend. ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...